Homestay menarik di Cameron Highlands ...percutian keluarga lebih menyeronokkan di tanah tinggi

Ingin ke Cameron Highlands namun tempahan hotel sudah penuh? Apa kata kali ini menginap di penginapan berkonsepkan homestay pula. Bukan sahaja industri hotel semakin berkembang maju di Cameron Highlands, malah, pengusaha homestay turut mendapat tempias 'kebanjiran' pelancong saban hari ke tanah tinggi ini.

Jika dilihat pada homestay airbnb di Cameron Highlands, saban waktu ada sahaja homestay baru yang disenaraikan. Di sini disenaraikan beberapa homestay menarik di Cameron Highlands yang boleh menjadi pilihan penginapan anda sekeluarga untuk percutian akan datang.


(sumber foto: airbnb)


Homestay dengan halaman menarik

1. Farmer Hut Retreat

Homestay menarik dan unik untuk ahli keluarga yang lebih ramai. Tidak seperti kebanyakan homestay di Cameron Highlands, Farmer Hut Retreat dikelilngi kebun sayur dan strawberi di kawasan Brinchang. Lokasi dan penginapan yang membawa anda jauh dari kehidupan kota ini sudah tentu memberi ketenangan untuk mereka yang datang bercuti. Walaupun berkonsepkan ketenangan, homestay Farmer Hut Retreat ini masih tidak melupakan kemudahan moden termasuk ruang home theatre untuk hiburan seisi keluarga.

Farmer Hut Retreat boleh ditempah secara online melalui airbnb



Homestay menarik Cameron Highlands

Homestay menarik Cameron Highlands

Homestay menarik Cameron Highlands

Homestay menarik Cameron Highlands
Farmer Hut Retreat, Cameron Highlands

Family hotel terbaik di Cameron Highlands


2. Tung's Factoria

Sebuah lagi homestay menarik di Cameron Highlands, lengkap dengan garden yang ringkas namun menarik untuk anda seisi keluarga berehat. Bermula daripada sebuah warehouse, bangunan ini kini berubah wajah menjadi sebuah homestay yang bukan sahaja menarik dan selesa, tetapi juga lengkap dengan kemudahan seperti basikal dan barbeque (bayaran tambahan dikenakan). Walaupun tidak terletak di pekan, homestay empat bilik ini sesuai untuk penginapan percutian keluarga yang menarik, lebih-lebih lagi jika anda ingin lari dari kesibukan terutama pada musim cuti persekolahan.

Homestay ini boleh ditempah secara online melalui Agodabooking.com dan airbnb



Homestay menarik Cameron Highlands

Homestay menarik Cameron Highlands

Homestay menarik Cameron Highlands
Tung's Factoria



3. Kea Farm Homestay

Cameron Highlands sememangnya sebuah tempat yang menawarkan pelbahgai pilihan homestay menarik untuk para pengunjungnya. Sebagai sebuah kawasan pelancogan yang popular dengan kesegaran sayur-sayurannya, homestay ini menawarkan penginapan di kawasan kediaman petani yang mengusahakan tanaman sayuran di sini. Bukan itu sahaja, rumah kayu yang didekorasi dengan interior menarik ditambah pula udara sejuk dan segar tanah tinggi mampu menimbulkan rasa 'balik kampung' buat para tetamu.

Klik di sini untuk maklumat lanjut mengenai homestay menarik ini.



Homestay menarik Cameron Highlands

Homestay menarik Cameron Highlands

Homestay menarik Cameron Highlands

Homestay menarik Cameron Highlands
Kea Farm Homestay, Cameron Highlands


4. Westwood Highland

Dikelilingi bunga-bungaan segar, Westwood highland adalah satu penginapan menarik jika anda berkunjung ke Cameron Highlands. Dengan design minimalist, penginapan ini menawarkan pengalaman unik untuk percutian anda yang akan datang.

Tidak seperti kebanyakan homestay yang memberi sewaan seluruh tempat tinggal, Westwood Highland lebih berkonsepkan bed & breakfast di mana sewaan dibuat BY ROOM. Para tetamu bagaimanapun dibenarkan ke ruang seperti dapur dan garden. Perlu diingatkan hanya 3 bilik di sini mempunyai attached bathroom dan selebihnya perlu menggunakan shared bathroom. Jika anda membawa anak-anak kecil, mungkin anda ingin meminta bilik dengan attached bathroom untuk keselesaan anak-anak.

Maklumat lanjut mengenai homestay ini boleh didapati di laman rasmi mereka di sini. Jika anda berminat untuk menginap di sini, Westwood Highland juga boleh ditempah secara online melalui Expedia dan airbnb



Homestay menarik Cameron Highlands

Homestay menarik Cameron Highlands

Homestay menarik Cameron Highlands

Homestay menarik CameronHighlands
Westwood Highland, Cameron Highlands


Senarai hotel murah, menarik dan selesa di Cameron Highlands


5. Rainforest Inn

Ingin merasai kehidupan orang asli di Cameron Highlands? Mungkin anda boleh membawa keluarga bercuti di Rainforest Inn yang terletak di Bertam Valley, Ringlet, Cameron Highlands untuk pengamalan unik ini. Rainforest Inn adalah penginapan yang dikelilingi kehijauan rimba di negara kita. Bayangkan percutian di hutan rimba dikelilingi bunyi unggas dan kesegaran udara tanah tinggi, boleh ,membuatkan anda melupakan kesibukan di kota sehari-hari!

Jika anda membawa anak-anak kecil atau mahukan lebih privacy, anda boleh memilih pilihan penginapan dengan attached bathroom di sini (sesetengah penginapan di sini berkonsepkan shared bathroom, oleh itu sila pastikan anda menempah penginapan yang sesuai dengan keperluan percutian anda).

Jika berminat untuk merasai pengalaman unik ini, tempahan boleh dilakukan secara online melalui Agodabooking.com, Expedia dan airbnb



Homestay menarik Cameron Highlands

Homestay menarik Cameron Highland
Penginapan untuk 4 tetamu


Homestay menarik Cameron Highlands

Homestay menarik Cameron Highlands

Homestay menarik Cameron Highlands
Penginapan untuk 6 tetamu





Penginapan homestay menarik di blok apartment


1. The Woodz 

Terletak di Brinchang, The Woodz menggunakan dekorasi berkonsepkan kayu untuk menmbulkan rasa back to nature di tanah tinggi ini. Unit apartment yang dijadikan homestay ini sangat sesuai untuk percutian keluarga sekitar 6-8 orang. Kanak-kanak di alu-alukan untuk menginap di sini. Selain itu, apartment ini juga menyediakan lift untuk memudahkan anda membawa barang-barang ke unit homestay selain kemudahan parking supaya anda tidak perlu bersusah mencari tapak meletak kereta setelah seharian keluar bersiar-siar.

The Woodz boleh ditempah melalui airbnbAgoda dan booking.com



Homestay apartment Cameron Highlands

Homestay apartment Cameron Highlands

Homestay apartment Cameron Highlands
The Woodz, Cameron Highlands

Mencari penginapan ala-Inggeris di Cameron Highlands?


2. Grand Haven Cosy Hideaway

Homestay menarik di tengah-tengah kedinginan tanah tinggi Cameron. Homestay yang terletak di antara pekan Tanah Rata dan Brinchang ini menawarkan penginapan yang selesa untuk percutian keluarga sehingga 6 orang tetamu. Dekorasi ringkas namun menawarkan sentuhan moden menjadikan honestay ini penginapan ideal untuk istirahat setelah seharian menghabiskan masa di tempat-temapt menarik sekitar Cameron Highlands.

Jika berminat untuk menginap di sini, homestay ini boleh ditempah secara online melalui booking.com . 


Homestay apartment Cameron Highlands

Homestay apartment Cameron Highlands
Grand Haven Cosy Hideaway, Cameron Highlands



3. Cameron Warmer

Homestay dengan dekorasi kontemporari ini adalah antara penginapan menarik yang terdapat di Cameron Highlands . Juga terletak di antara pekan Tanah Rata dan Brinchang, homestay ini menyediakan penginapan yang selesa untuk percutian keluarga seramai 6 orang. Beristirahat sambil menikmati kesegaran teh bersama keluarga di ruang tamu yang didekorasi seolah-olah berada di sebuah cottage moden ini mampu menawarkan pengalaman indah untuk percutian keluarga yang menyeronokkan.

Homestay menarik ini boleh ditempah secara online melalui airbnb.



Homestay apartment Cameron Highlands

Homestay apartment Cameron Highlands

Homestay apartment Cameron Highlands
Cameron Warmer, Cameron Highlands

Catatan percutian keluarga di MARDI Cottage Cameron Highlands

4. Industry Loft Residence Inn

Semakin hari, pengusaha homestay di Cameron Highlands semakin kreatif dalam menawarkan keunikan penginapan mereka. Melihat kepada dinding yang sengaja dibiarkan seolah-olah simen yang tidak bercat, sudah tentu anda tahu dari mana homestay ini mendapat nama. Di rumah sendiri, mungkin anda tidak akan membiarkan dinding dalam keadaan begitu, namun pemilik homestay ini sangat kreatif dalam menjadikannya satu ciri unik untuk penginapan yang ditawarkan. Digabung pula dengan interior yang ringkas namun lengkap, homestay ini menawarkan penginapan yang selesa untuk percutian anda sekeluarga.

Homestay unik ini boleh ditempah melalui online melalui airbnb.



Homestay apartment Cameron Highlands

Homestay apartment Cameron Highlands

Homestay apartment Cameron Highlands
Industry Loft Residence Inn, Cameron Highlands


5. Hillstation Getaway

Homestay ringkas namun selesa di antara Tanah Rata dan Brinchang. Homestay dengan dekorasi minimalist ini sesuai untuk penginapan sehingga 6 orang tetamu. Selain tempat beristirahat, homestay ini juga menyediakan dapur dengan kelengkapan seperti cerek elektrik, rice cooker, microwave, toaster dan peti sejuk. Namun begitu, stove tidak disediakan. Oleh itu, jika anda merancang untuk memasak semasa percutian keluarga anda, homestay ini mungkin kurang sesuai, lebih-lebih lagi memandangkan pemiliknya tidak begitu menggalakkan tetamu untuk memasak di sini. Pendek kata, jadikan percutian ini masa untuk anda merehatkan diri dan bercuti dari tugasan-tugasan kebiasaan di rumah!

Jika berminat untuk menginap di homestay ini, klik di sini untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenainya di airbnb. 



Homestay apartment Cameron Highlands

Homestay apartment Cameron Highlands



Homestay apartment Cameron Highlands
Hillstation Getaway, Cameron Highlands

Tiada ulasan:

Catat Ulasan