Hotel murah, menarik dan selesa di Cameron Highlands... jom cuti-cuti Malaysia bersama keluarga!

Walau pernah ke Cameron Highlands, ramai di kalangan kita yang tidak bosan untuk berkunjung lagi ke tempat yang terkenal dengan ladang teh dan strawberi ini. Bukan sahaja udara yang segar, malah, mungkin Cameron Highlands merupakan antara destinasi 'mampu tuju' baik dari segi kos mahupun lokasi. Tidak hairan, semakin hari, semakin banyak hotel dan homestay yang tumbuh bak cendawan selepas hujan di tanah tinggi ini.

Di sini disenaraikan beberapa hotel yang bukan sahaja murah dan berpatutan, malah selesa untuk menjadi tempat penginapan untuk percutian bersama keluarga.


Hotel menarik ala-Inggeris di Cameron Highlands


(sumber foto: Agoda, Booking.com dan Expedia)

1. Snooze Too Hotel

Hotel menarik yang di pekan Brinchang, Cameron Highlands. Dengan konsep interior yang moden, hotel ini menawarkan keselesaan untuk percutian keluarga pada harga yang sangat berpatutan. Lokasinya yang tidak jauh dari night market dan restoran turut memberi advantage dan menjadi tarikan buat para tetamu. Tidak seperti kebanyakan hotel bajet di Cameron Highland, Snooze Too menyediakan kemudahan lift untuk memudahkan tetamu menjadikan ia sesuai untuk mereka yang bercuti bersama anak kecil dan warga emas.

Snooze Too Hotel terbuka untuk tempahan secara online melalui Agoda dan Expedia.


Hotel murah Cameron Highlands

Hotel murah Cameron Highlands
Snooze Too, Cameron Highlands



2. Parkland Hotel

Juga terletak di pekan Brinchang, Parkland Hotel adalah sebuah lagi penginapan menarik untuk percutian keluarga di Cameron Highlands. Dengan dekorasi moden dan ringkas, hotel ini menawarkan tempat istirahat yang selesa setelah seharian bersiar-siar di tanah tinggi ini. Lokasi di pekan Brinchang juga menjadikan hotel ini penginapan strategik untuk berkunjung ke pasar malam dan restoran-restoran di sekitarnya. Berita baik untuk mereka yang bercuti bersama kanak-kanak atau warga emas, pihak pengurusan hotel telah menaiktaraf kemudahan dengan menyediakan lift untuk keselesaan percutian anda!

Untuk kemudahan para tetamu, Parkland Hotel boleh ditempah secara online melalui Agoda, Booking.com dan Expedia.


Hotel murah Cameron Highlands

Hotel murah Cameron Highlands
Parkland Hotel, Cameron Highlands


Homestay menarik di Cameron Highlands untuk percutian keluarga


3. Parkland Express

Sister hotel kepada Parkland Hotel, dan terletak di blok bangunan yang sama. Hotel ini dahulunya dikenali sebagai Kowloon Hotel sebelum bertukar pengurusan dan diberikan nama dan wajah baru. Seperti juga sister hotelnya, Parkland terletak di lokasi yang memudahkan tetamunya mengunjungi pasar malam dan restoran-restoran berhampiran. Di samping itu, hotel ini juga menyediakan kemudahan lift untuk kemudahan para tetamunya,

Bilik penginapan di Parkland Express boleh ditempah secara online melalui Agoda, Booking.com dan Expedia.


Hotel murah Cameron Highlands



Hotel murah Cameron Highlands
Parkland Express, Cameron Highlands



4. Zermatt Hotel

Terletak di Tanah Rata, hotel yang baru dibuka pada penghujug tahun 2015 ini menawarkan penginapan menarik untuk para pelancong di Cameron Highlands. Biarpun ringkas, hotel ini menawarkan bilik-bilik yang selesa untuk tetamu mendapatkan istirahat yang cukup. Lokasinya juga memudahkan tetamu mencari restoran ketika percutian, selain strategik untuk pelancong yang berkunjung ke Cameron Highlands menggunakan bas. Hotel ini bagaimanapun TIDAK mempunyai lift. Oleh itu, jika anda membawa beg besar, kanak-kanak kecil atau warga emas, hotel ini mungkin kurang sesuai untuk anda.

Zermatt hotel kini boleh ditempah secara online melalui Agoda dan Expedia.


Hotel murah Cameron Highlands
Zermatt Hotel, Cameron Highlands

Pilihan family hotel di Cameron Highlands



5. The Highlanders Hotel

Juga terletak di pekan Tanah Rata, The Highlanders adalah sebuah hotel menarik yang menawarkan harga berpatutan kepada para pelancong di Cameron Highlands. Seperti juga hotel-hotel lain yang terletak di kawasan pekan di Cameron Highlands, lokasi The Highlanders memudahkan tetamunya mencari restoran di sekitar pekan untuk menjamu selera. Kemudahan dan interior yang ditawarkan selesa dan ringkas, sesuai untuk mereka yang menginginkan penginapan yang basic untuk percutian keluarga. Walaubagaimanapun, The Highlanders Hotel TIDAK mempunyai kemudahan lift.

Jika memilih untuk menginap di sini, The Highlanders Hotel boleh ditempah secara online di Agoda dan Expedia.


Hotel murah Cameron Highlands
The Highlanders Hotel, Cameron Highlands

Catatan penginapan menarik di MARDI Cottage Cameron Highlands


NOTA: Memandangkan kesemua hotel di atas terletak di kawasan pekan Cameron Highlands, tempat meletak kenderaan agak terhad terutamanya ketika musim cuti persekolahan. Ini adalah suatu masalah yang sepatutnya dijangkakan dan perancangan perlu dilakukan jika memilih untuk menginap di hotel-hotel ini.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan