Hotel menarik ala-Inggeris di Cameron Highlands

Sebut sahaja Cameron Highlands, pasti terbayang ladang teh yang menghijau, sayur-sayuran dan buah-buahan segar, udara yang sejuk dan nyaman dan semestinya buah strawberry yang merah ranum di pokok. Kesemua tarikan ini menjadikan Cameron Highlands tempat percutian evergreen di kalangan rakyat Malaysia.

Selain keindahan persekitaran, tanah tinggi seperti ini juga seringkali dikaitkan dengan penginapan ala-Inggeris, mungkin kerana suatu ketika dahulu, ia sememangnya menjadi lokasi retreat untuk golongan berbangsa Inggeris yang menetap di Tanah Melayu.

Mungkin kerana itu juga, sehingga kini Cameron Highlands menawarkan hotel-hotel berkonsepkan senibina Inggeris yang boleh didiami oleh para pengunjung. Seronok juga kadang-kadang jika dapat menginap di tempat begini... sedikit-sebanyak terasa juga seperti bercuti di luar negara. 

Di sini disenaraikan hotel-hotel ala-Inggeris dan cottage yang boleh menjadi pilihan penginapan anda untuk percutian keluarga yang akan datang.


(sumber foto: Agoda, booking.com, expedia dan airbnb)


1. The Smokehouse Hotel

Hotel yang evergreen di tempat yang evergreen! Hotel ini boleh dikatakan sinonim dengan Cameron Highlands. Seringkali jika mencari info tentang Cameron Highlands, pasti gambar hotel ini akan turut dipaparkan.

Hotel dengan senibina Tudor ini telah dibina sekitar tahun 1937 oleh Douglas Warin sebagai cara masyarakat Britain di sini mengenang dan melepas rindu mereka terhadap kampung halaman yang ditinggalkan.

Dengan lokasi berhampiran padang golf dan laman yang indah, hotel ini menawarkan persekiaran yang mendamaikan untuk percutian seisi keluarga. Bukan itu sahaja, hotel menarik ini juga menghidangkan scones yang dikatakan antara yang terbaik ditawarkan di Cameron Highlands!

Untuk menginap di sini, tempahan secara online boleh dilakukan melalui laman web seperti Agoda, Booking.com atau Expedia.


hotel percutian menarik Cameron Highlands

Hotel menarik percutian keluarga Cameron Highlands

Hotel percutian keluarga Cameron Highlands

Hotel percutian keluarga Cameron Highlands
The Smokehouse, Cameron Highlands


Senarai hotel murah, menarik dan selesa di Cameron Highlands



2. The Lakehouse Hotel

Sebuah lagi hotel dengan senibina Tudor yang menarik di Cameron Highlands. The Lakehouse Hotel yang terletak di Ringlet asalnya adalah penginapan Colonel Stanley Foster, seorang pegawai berbangsa Inggeris yang telah bersara dan juga pernah menjadi pemilik bangunan yang kini dikenali sebagai the Smokehouse Hotel.

Dibina pada tahun 1972, bangunan menarik ini telah menjadi penginapan peribadi Colonel Stanley Foster hingga kematiannya pada tahun 1984. Di sebalik keindahan senibinanya, bangunan ini menyimpan sejarah yang boleh menjadi pengajaran tentang sikap ketuanan sebahagian manusia. Colonel Stanley Foster dikatakan seorang yang tidak sukakan masyarakat Asia. Pengunjung berbangsa Asia yang datang ke rumahnya akan dihalau menggunakan cemeti. Malah, pesara berbangsa Inggeris ini juga secara terang-terangan telah menzahirkan keengganannya bergaul dengan masyarakat tempatan dengan meletakkan tanda amaran di halaman penginapannya yang bertulis 'No Dogs, No Children, No Asians Allowed!'

Namun, semua itu hanya tinggal sejarah, Kini, bukan sahaja bangunan ini menjadi salah satu tarikan di Cameron Highlands, malah semua pengunjung termasuk tetamu bebangsa Asia dan kanak-kanak dilayan dengan penuh hormat dan mesra oleh pemiliknya. Lihatlah bagaimana masa mampu merubah keadaan di sekeliling kita.

Jika ingin memilih hotel menarik ini sebagai penginapan anda, The Lakehouse Hotel boleh ditempah secara online melalui Agoda, Booking.com ataupun Expedia.


Hotel menarik percutian keluarga Cameron Highlands

Hotel menarik percutian keluarga Cameron Highlands

Hotel menarik percutian keluarga Cameron Highlands

Hotel menarik percutian keluarga Cameron Highlands
The Lakehouse, Cameron Highlands



3. Cameron Highlands Resort

Hotel mewah dan boleh dikatakan penginapan paling grand di Cameron Highlands. Asalnya sebuah cottage yang beroperasi sebagai hotel kecil pada tahun 1930, bangunan asal resort ini telah diperbesar dan dibaikpulih dari masa ke semasa sepanjang tempoh 80 tahun hinggalah ke keadaan yang boleh dilihat sekarang.

Resort yang menghadap padang golf ini menghidupkan sentuhan Inggeris dalam dekorasinya dengan menggunakan plantation style window shutter, fireplace dan tak lupa tea room menarik yang juga merupakan antara tempat terbaik untuk menikmati hidangan teh dan scones yang sememangnya popular di tanah tinggi ini.

Selain penginapan, Cameron Highlands Resort turut menawarkan SPA dan pilihan beberapa tempat menjamu selera selain pengalaman private dining yang unik seperti picnic di tengah-tengah kehijauan ladang teh Cameron Highlands.

Untuk menikmati kemewahan yang ditawarkan, Cameron Highlands Resorts terbuka untuk tempahan secara online melalui Agoda, Booking.com dan Expedia.


Hotel menarik percutian keluarga Cameron Highlands

Hotel menarik percutian keluarga Cameron Highlands

Hotel menarik percutian keluarga Cameron Highlands

Hotel menarik percutian keluarga Cameron Highlands
Cameron Highlands Resort


Inginkan homestay menarik di persekitaran semulajadi Cameron Highlands?



4. Jim Thompson Cottage

Sebuah penginapan cottage yang mungkin tidak sepopular nama-nama di atas, namun mempunyai sejarah uniknya yang tersendiri. Jim Thompson sebenarnya adalah nama seorang saudagar Amerika yang terkenal dalam perniagaan sutera di sempadan Thailand.

Pada 26 Mac 1967, Jim Thompson telah ke Cameron Highlands untuk melawat beberapa orang kawannya. Pagi itu, setelah ke gereja, beliau dan kawan-kawannya telah pulang ke Moonlight Cottage sebelum beliau keluar semula secara bersendirian untuk bersiar-siar. Itu adalah kali terakhir beliau dilihat sebelum menghilang secara misteri di tanah tinggi ini.

Pencarian secara besar-besaran telah dilakukan selama sebulan melibatkan 400 orang polis dan askar menggunakan peralatan yang ada pada waktu itu termasuklah helikopter selain bantuan orang asli. Namun, sehingga kini misteri kehilangan Jim Thompson masih belum terjawab. Tiada siapa tahu apakah yang telah berlaku kepada jutawan sutera ini.

Penginapan di Jim Thompson Cottage ini sebenarnya terdiri daripada dua buah cottage iaitu The Moonlight dan The Sunlight Cottage. The Moonlight Cottage adalah penginapan Jim Thompson sebelum beliau hilang secara misteri.

Kedua-dua cottage ini sesuai dijadikan penginapan jika anda bercuti dalam kumpulan yang agak ramai kerana setiap satunya ditawarkan untuk sewaan secara keseluruhan. Jika anda ingin menyewa bilik persendirian, anda mempunyai pilihan untuk menginap di The Starlight Room, iaitu deretan bilik yang terletak di antara kedua-dua cottage ini (bukan di dalam cottage).

Walaupun tidak semewah hotel-hotel ala-Inggeris yang disenaraikan di atas, Jim Thompson Cottage masih mempunyai tarikannya yang tersendiri. Lokasi yang agak terasing dari kesibukan pekan di Cameron Highlands membolehkan Jim Thompson Cottage menawarkan suasana penginapan yang tenang dan mendamaikan walaupun di musim cuti persekolahan. Ini menjadikan cottage ini pilihan yang sesuai untuk mereka yang merancang family gathering di musim cuti persekolahan dan memerlukan penginapan yang boleh menampung tetamu yang agak ramai.

Jim Thompson Cottage terbuka untuk temapahan secara online melalui Agoda dan Expedia.


Hotel menarik percutian keluarga Cameron Highlands

Hotel menarik percutian keluarga Cameron Highlands

Hotel menarik percutian keluarga Cameron Highlands

Hotel menarik percutian keluarga Cameron Highlands
Jim Thompson Cottage, Cmaeron Highlands


5. Planters Country Hotel

Dahulunya dikenali sebagai Bala's Holiday Chalet, hotel ini pernah menjadi sebuah sekolah berasrama khas untuk kanak-kanak berbangsa Inggeris yang menetap di tanah tinggi ini. 

Senibina Tudor yang masih dikekalkan digabung pula dengan garden yang menarik mampu menawarkan percutian seolah-olah berada di English countryside, walaupun hakikatnya masih berada di negara sendiri! Keindahan garden dan keistimewaan bangunan di sini juga seringkali membuatkan Planters Country Hotel lokasi pilihan wedding photoshoot buat pasangan yang ingin mahupun baru mendirikan rumahtangga.

Hotel ini juga menawarkan hidangan tea dan scones yang sememangnya popular di Cameron Highlands untuk dinikmati di persekitaran garden yang indah. 

Walaupun bilik penginapan yang ditawarkan di sini mungkin tidak semewah hotel-hotel ala-Inggeris lain seperti The Smokehouse Hotel, The Lakehouse Hotel mahupun Cameron Highlands Resort, suasana dan ambience yang ditawarkan adalah cukup menarik, tidak kira samada anda ialah peminat senibina Inggeris ataupun sekadar ingin berada di suasana persekitaran yang mendamaikan jauh dari kesibukan kota.

Planters Country Hotel terbuka untuk tempahan secara online melalui Agoda, Booking.com dan Expedia.



Hotel menarik percutian keluarga Cameron Highlands

Hotel menarik percutian keluarga Cameron Highlands

Hotel menarik percutian keluarga Cameron Highlands

Hotel menarik perctuian keluarga Cameron Highlands
Planters Country Hotel, Cameron Highland


Family hotel terbaik di Cameron Highlands


6. Banglo Bukit Lowick

Penginapan di banglo lama yang selesa dikelilingi udara yang segar, Banglo Bukit Lowick sudah tentu menawarkan percutian keluarga yang menarik dan unik, terutamanya jika anda merancang untuk ke Cameron Highlands dalam keluarga yang agak besar. Kini dibuka untuk tempahan kepada orang awam, banglo yang dibina di atas bukit menghadap padang golf ini menyediakan penginapan yang sesuai untuk jumlah tetamu sehingga 12 orang. Jika ke sini beramai-ramai, anak-anak pasti seronok berlari dan bermain di halaman yang bukan sahaja luas dan terjaga, malah terasing dari kesibukan terutamanya ketika cuti persekolahan.

Banglo lama yang masih mengekalkan ciri-ciri bangunan zaman kolonial ini menawarkan kemudahan penginapan yang selesa di lima bilik tidur lengkap dengan ensuite bathroom. Seperti kebanyakan penginapan di banglo lama begini, Banglo Bukit Lowick turut mempunyai housekeeper yang bersedia membantu anda semasa percutian jika diperlukan.

Banglo Bukit Lowick kini terbuka untuk tempahan secara online melalui airbnb. Jika berminat, anda boleh klik di sini untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai penginapan di banglo British yang menarik ini. 



Hotel menarik untuk percutian keluarga di Cameron Highlands

Hotel menarik untuk percutian keluarga di Cameron Highlands

Hotel menarik percutian keluarga di Cameron Highlands

Hotel menarik percutian keluarga di Cameron Highlands
Banglo Bukit Lowick, Cameron Highlands (foto: airbnb)


7. MARDI English Cottage

Sejujurnya, saya tidak tahu samada English Cottage ini boleh dikategorikan sebagai hotel atau tidak. Secara peribadi, saya merasakan penginapan ini lebih berkonsepkan homestay, namun, saya masih menyenaraikannya di sini kerana ia adalah satu alternatif penginapan menarik jika anda merancang untuk bercuti ke Cameron Highlands.

Penginapan dua unit ini terletak di Taman Agroteknologi MARDI. English Cottage ini jelas merupakan bangunan lama dengan layout dan struktur seperti tangga kayu yang masih dikekalkan. Digabungkan pula dengan dekorasi interior ala-Inggeris, penginapan ini masih mampu menawarkan keistimewaannya yang tersendiri buat para pengunjung yang bercuti bersama keluarga.

MARDI English Cottage tidak terbuka untuk tempahan secara online. Untuk tempahan, anda perlu menghubungi pihak MARDI di talian 05-4911255. Anda juga boleh klik di sini untuk membaca pengalaman kami menginap di English Cottage ini.


Hotel menarik percutian keluarga Cameron Highlands




Tiada ulasan:

Catat Ulasan