Hotel menarik, murah dan selesa di Pulau Pinang ... tiada lagi alasan untuk tak bercuti bersama keluarga!

Updated Februari 2018


Hotel untuk penginapan keluarga yang menarik dan selesa di Pulau Pinang pada harga berpatutan? Sejujurnya, senarai hotel ini adalah hasil ketika mencari penginapan untuk percutian keluarga ke Pulau Pinang. Beberapa kriteria diambil kira (selain personal preference) seperti:
  • Menawarkan jenis bilik famili atau bilik bersambung sesuai untuk percutian bersama anak-anak
  • Keselesaan dan kebersihan yang baik amat penting! Diambilkira berdasarkan review dan feedback mereka yang pernah ke hotel-hotel ini
  • Harga yang berpatutan (sudah tentu)
  • Lokasi di pulau dan bukan di mainland untuk memudahkan ke tempat-tempat menarik sekitar Pulau Pinang.
Semoga senarai hotel-hotel menarik ini dapat membantu anda merancang percutian yang menarik. Selamat bercuti bersama keluarga!


Layan anak-anak di hotel-hotel ini... pasti mereka gembira!


(Sumber foto: agoda, booking.com, expedia)


1. Neo+ Hotel, Georgetown, Pulau Pinang

Dengan lokasi berdekatan dengan beberapa shopping mall, Neo+ Hotel menawarkan bilik penginapan yang selesa dengan design menarik untuk keselesaan tetamu-tetamunya. Terdapat 1 katil bersaiz Queen dan 1 single bed untuk family room. Wifi percuma dan tempat meletak kereta juga disediakan. 

Apa yang menarik, selain bilik penginapan, Neo+ Hotel juga dilengkapi kolam renang outdoor di bahagian rooftop dan juga gym. Jadi, anak-anak boleh berseronok di kolam renang ini semasa percutian keluarga anda. Di samping itu, jika anda mahu, anda juga boleh memilih bilik beserta sarapan di hotel ini. Lihat harga terbaik Hotel Neo+, Pulau Pinang di AGODA, BOOKING.COM atau EXPEDIA.


Hotel bajet menarik di Pulau Pinang

Hotel bajet menarik di Pulau Pinang

Hotel murah menarik di Pulau Pinang
Neo+ Hotel, Penang



2. Armenian Street Heritage, Georgetown, Pulau Pinang

Hotel yang sesuai untuk penggemar sejarah dan warisan kebudayaan. Dengan lokasi di tengah-tengah World Cultural Heritage Zone, Armenian Street Heritage Hotel terletak tidak jauh dari tempat-tempat tarikan seperti muzium, kuil dan mural terkenal "Little Children on a Bicycle". Terdapat beberapa pilihan family room yang disesuaikan dengan bilangan tetamu yang pelbagai. Bilik-bilik di sini bukan sahaja selesa untuk anda dan anak-anak berehat, malahan ada yang dilengkapi katil double decker yang ceria sebagai tarikan untuk anak-anak.

Jika anda berkenderaan, kawasan meletak kenderaan mungkin menjadi masalah kerana ianya agak limited. Namun, memandangkan lokasi hotel ini yang boleh dikatakan 'central' anda boleh berjalan ke tempat-tempat tarikan berdekatan.

Hotel ini tidak menyediakan sarapan tetapi kafe dan tempat makan terletak berdekatan. Lagipun, alang-alang berada di Pulau Pinang, mengapa tidak mengambil kesempatan untuk explore makanan tempatan yang terkenal dengan kepelbagaian dan kelazatannya? Lihat harga terbaik Armenian Street Heritage Hotel di AGODA, BOOKING.COM atau EXPEDIA.



Hotel bajet menarik di Pulau Pinang

Hotel bajet menarik di Pulau Pinang

Hotel murah menarik di Pulau Pinang
Armenian Street Heritage Hotel, Penang

Pilihan hotel dengan konsep heritage di Pulau Pinang




3. Kimberley Hotel, Georgetown, Pulau Pinang

Sebuah lagi hotel bajet menarik untuk para penggemar sejarah. Bangunan hotel ini sendiri dibina sebelum perang dan terletak di kawasan Penang UNESCO Heritage.

Terdapat dua pilihan bilik jenis famili di Kimberley Hotel. Wellesley Suite adalah bilik famili dengan sebuah katil king dan 1 sofa bed, manakala Raffles Family Suite adalah pilihan family room yang lebih besar dengan sebuah katil king dan dua katil single. Kimberley Hotel juga mempunyai restorannya sendiri. Namun, jika anda lebih gemar untuk makan di luar, terdapat banyak tempat makan di sekotar hotel ini.

Seperti Armenian Heritage Hotel yang juga terletak berdekatan tempat tarikan pelancong, tempat parking adalah terhad. Jadi, jika anda memilih untuk menginap di sini, faktor ini perlu diambil kira dalam rancangan percutian anda. Lihat harga terbaik Kimberley Hotel di AGODA, BOOKING.COM atau EXPEDIA.



Hotel bajet menarik di Pulau Pinang


Hotel murah menarik di Pulau Pinang
Kimberley Hotel, Penang



4. The Southern Boutique Hotel, Georgetown, Pulau Pinang

Baru dibuka sekitar Oktober 2017, The Southern Boutique Hotel memanfaatkan bangunan zaman kolonial untuk dijadikan sebuah hotel menarik buat para pelancong di Pulau Pinang. Berada di bandaraya warisan UNESCO, sudah tentu rupabentuk asal bangunan dikekalkan. Selain itu, interior dengan corak jubin menarik memberi keunikan selain menawarkan perfect spot buat tetamu untuk bergambar.

Pilihan bilik bertemakan warna putih adalah ringkas dan selesa. Bilik famili sesuai untuk penginapan seramai 4 orang tetamu turut disediakan. Lokasi yang strategik di bandaraya Georgetown juga memudahkan anda sekeluarga bersiar-siar ke tempat-tempat menarik.

Setelah penat bersiar-siar, anda boleh berehat di kawasan lounge atau roof garden sambil menikmati pilihan minuman yang disediakan. Selain itu, terdapat juga sebuah kedai serbaneka berhampiran hotel jika anda ingin mendapatkan sebarang snek semasa percutian. 

Hotel ini terletak berhampiran jalan dan sesetengah tetamu mungkin berasa agak terganggu dengan bunyi kenderaan yang lalu-lalang di bandaraya yang sentiasa sibuk ini. Selain itu, tiada kemudahan lift disediakan dan anda mungkin perlu meminta bilik di ground floor jika ada ahli keluarga yang mempunyai masalah mendaki tangga.

Tapak meletak kenderaan juga berpotensi menjadi masalah sekiranya anda berkenderaan. Sekiranya bernasib baik, anda boleh meletakkan kenderaan di tapak parking di hadapan hotel. Namun, jika tidak, anda mungkin perlu mencari tapak public parking di kawasan lain. Walau apapun, jangan lupa membayar parking untuk mengelakkan daripada surat saman merosakkan mood percutian keluarga anda.

The Southern Boutique Hotel terbuka untuk tempahan secara online melalui Agodabooking.com dan Expedia. Jika berminat untuk menginap di sini, jangan lupa menyemak laman-laman ini untuk memastikan anda mendapat tawaran terbaik semasa percutian keluarga anda!



Hotel menarik untuk anak-anak di Pulau Pinang

Hotel menarik untuk anak-anak di Pulau Pinang
The Southern Boutique Hotel, Penang


5. Roomies Suite, Batu Ferringhi, Pulau Pinang

Don't judge a book by its cover - mungkin ungkapan ini sesuai untuk menggambarkan hotel bajet ini. Terletak di tingkat 2 dan 3 di bangunan yang... errrr.... tidak begitu enak mata memandang, ramai tetamu Roomies Suite terkejut dengan interior hotel ini yang jauh panggang dari api berbanding rupa luarannya. 

Roomies Suite terletak tidak jauh dari Parkroyal hotel di kawasan Batu Ferringhi. Jadi, jika anda menginginkan penginapan di kawasan ini pada harga bajet, Roomies Suite patut dipertimbangkan. Roomies Suite menyediakan bilik bersambung atau connecting room untuk kemudahan mereka yang datang berkeluarga. Anda boleh memilih untuk bilik double, twin atau loft. Namun, jika anda membawa bayi atau anak kecil yang suka memanjat, anda dinasihatkan untuk tidak memilih loft suite atas faktor keselamatan. Selain itu, Roomies Suite juga menyediakan pilihan sarapan untuk tetamu-tetamunya. Lihat harga terbaik Roomies Suite di AGODA dan EXPEDIA.

(Roomies Suite juga menyediakan bilik jenis dorm yang lebih sesuai untuk mereka yang bercuti bersama kawan-kawan. Pastikan anda memilih bilik yang sesuai untuk percutian keluarga anda bersama anak-anak)

Hotel bajet menarik di Pulau Pinang

Hotel murah menarik di Pulau Pinang
Roomies Suite, Batu Ferringhi, Penang

Inginkan penginapan lain daripada yang lain?



6.  U Hotel, Bayan Lepas, Pulau Pinang

Terletak hanya 15 minit daripada Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang, U Hotel menawarkan penginapan yang selesa, menarik dan moden sebagai pilihan penginapan percutian keluarga. Bilik famili yang dinamakan Jupiter Suite dilengkapi 1 katil king dan sofa bed. Kemudahan asas kebanyakan hotel seperti set televisyen dengan channel Astro, safe deposit box, pengering rambut, cerek, teh dan kopi turut disediakan. Disamping itu, U Hotel juga menyediakan Wifi percuma untuk tetamu mereka.

Jika anda berkenderaan, U Hotel menyediakan tempat meletak kereta untuk tetamu mereka. Tesco Extra juga terletak tidak jauh dari hotel ini dan ini memudahkan anda untuk mendapatkan apa-apa keperluan untuk anak-anak. Lihat harga terbaik U Hotel di AGODA, BOOKING.COM atau EXPEDIA.


Hotel bajet menarik di Pulau Pinang

Hotel murah menarik di Pulau Pinang
U Hotel, Penang

Catatan percutian keluarga di
Holiday Inn Pulau Pinang
Golden Sands Resort

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...