Hotel murah, menarik dan selesa di Kuching - jom cuti-cuti keluarga!

Percutian keluarga sememangnya saat yang ditunggu-tunggu, baik untuk ibu-bapa, apalagi anak-anak. Memilih hotel tempat penginapan yang sesuai dengan keperluan dan bajet seringkali menjadi keutamaan ketika merancang percutian, lebih-lebih lagi apabila anak-anak ikut bersama. 

Terdapat banyak hotel menarik dan tempat penginapan yang ditawarkan, terutamanya di bandar-bandar yang sentiasa menjadi tumpuan pelancong seperti di Kuching. Apabila brcuti bersama anak-anak, keselesaan sudah tentu diberi perhatian. Tak perlu bertaraf lima bintang, namun biarlah anak-anak dapat berehat setelah penat berjalan-jalan. Seperkara lagi yang sering menjadi keutamaan adalah lokasi, lebih-lebih lagi jika anda tidak merancang untuk berkenderaan semasa percutian nanti. 

Di sini, disenaraikan beberapa pilihan hotel menarik mesra poket di Kuching, Sarawak yang boleh dijadikan pilihan tempat penginapan ketika percutian keluarga ke Bumi Kenyalang. Semoga senarai ini dapat membantu anda merancang percutian keluarga dengan lebih sempurna!



Lagi senarai hotel menarik di Kuching



(sumber foto: Agoda, booking.com dan Expedia)  


1. Tune Hotel Waterfront Kuching

Sememangnya nama yang tak asing lagi, Tune Hotel yang terletak hanya bersebelahan dengan Hotel Hilton menawarkan penginapan strategik berdekatan dengan lokasi popular Kuching Waterfront untuk percutian anda di sini. Hotel ini sesuai untuk penginapan keluarga yang kecil, ataupun untuk mereka yang bercuti bersama anak-anak yang sudah boleh berdikari di bilik berasingan. Ini memandangkan saiz bilik yang kecil dan tiada connecting room disediakan. Walaupun bilik-bilik yang disediakan agak sempit, lokasi menarik ditambah pula harga yang berpatutan tetap menjadikan hotel ini pilihan popular mereka yang sekadar inginkan tempat istirahat yang selesa setelah penat seharian bersiar-siar.

Bukan itu sahaja, hotel ini turut menyediakan perkhidmatan airport transfer pada harga tambahan jika anda memerlukan, selain terdapat booth yang menawarkan tour package ke tempat-tempat menarik di sini. Hotel ini tidak menyediakan perkhidmatan parking. Oleh itu, jika anda memandu, anda perlu meletak kenderaan di public parking (pastikan anda membeli kupon parking untuk mengelakkan disaman) atau menggunakan khidmat private car park yang berdekatan. Anda juga perlu mendaki tangga untuk ke lobi hotel, oleh itu, hotel ini kurang sesuai untuk mereka yang berkerusi roda.

Jika memilih untuk menginap di sini, pastikan anda menyemak harga Tune Hotel Waterfront Kuching di Agoda, booking.com dan Expedia untuk mendapat tawaran terbaik semasa percutian anda. (Nota: Sila pastikan juga samada kemudahan seperti penghawa dingin , televisyen, wifi dan tuala termasuk dalam harga yang ditawarkan di bahagian room details atau guest policy untuk mengelakkan anda terpaksa membuat bayaran tambahan semasa percutian anda nanti)


Hotel murah dan menarik di Kuching

Hotel murah dan menarik di Kuching

Hotel murah dan menarik di Kuching
Tune Hotel Waterfront Kuching



2. 360 Xpress Citycenter

Sebuah hotel bajet menarik berkonsep butik yang pertama di Kuching, 360  Xpress Citycenter menawarkan penginapan yang selesa pada harga yang berpatutan buat anda yang merancang untuk bercuti di sini. Terletak di deretan shoplot, setiap bilik di sini didekorasi ringkas namun menarik lengkap dengan kemudahan seperti penghawa dingin, televisyen, minibar, tuala dan toiletries. Jika anda berkunjung bersama anak-anak, anda boleh memilih pilihan bilik famili yang memuatkan 2 katil bersaiz queen. Bukan itu sahaja, hotel ini juga menyediakan kemudahan lif yang memudahkan pengunjung yang bercuti bersama kanak-kanak dan warga emas.

Perkhidmatan airport transfer turut disediakan pada sedikit harga tambahan (jika anda mahu menggunakan perkhidmatan ini, pastikan anda telah mengatur dengan pihak hotel terlebih dahulu). Lokasi hotel juga terletak tidak begitu jauh dari tempat tarikan popular Kuching Waterfront, iaitu hanya kira-kira 10 minit berjalan kaki. Jika anda ingin ke Sarawak Cultural Village atau Semenggoh Wildlife Center, pihak hotel boleh membantu mengaturkan perkhidmatan shuttle untuk ke sana.

Bagaimana pula jika anda berkenderaan? Parking turut disediakan oleh pihak hotel untuk kemudahan para tetamu. Untuk harga yang ditawarkan, sudah tentu hotel ini merupakan salah sebuah hotel yang berbaloi untuk dishorlistkan sebagai tempat istirahat anda sekeluarga semasa percutian keluarga anda nanti! (Nota: Penggunaan glass partition untuk bahagian bilik airnya mungkin menyebabkan sesetengah tetamu berasa kurang selesa, disamping tiada paip atau hose disediakan berhampiran mangkuk tandas)

Berminat untuk menginap di hotel menarik ini? Jangan lupa untuk menyemak harga 360 Xpress Citycenter di Agoda, booking.com dan Expedia untuk mendapatkan tawaran terbaik jika memilih untuk menginap di sini pada percutian keliuarga anda yang akan datang!


Hotel murah dan menarik di Kuching

Hotel murah dan menarik di Kuching
360 Xpress Citycenter, Kuching


Hotel menarik back to nature sekitar Kuching



3. Imperial Riverbank Hotel

Hotel menarik yang terletak di tebing Sungai Sarawak ini menawarkan penginapan yang sangat strategik untuk dijadikan pangkalan percutian anda sekeluarga di ibu negeri Bumi Kenyalang. Lokasinya bukan sahaja memudahkan anda bersiar-siar di Kuching Waterfront, menaiki river cruise atau menaiki bot penambang ke Kampung Boyan untuk membeli kek lapis, malahan ia juga memudahkan anda mencari tempat menjamu selera dan mendapatkan keperluan semasa percutian di kedai-kedai yang berada di sekitar.

Walaupun lobi hotel ini agak kecil, hotel bertaraf 3 bintang ini menyediakan bilik-bilik penginapan yang selesa sebagai tempat anda sekeluarga beristirahat semasa percutian yang dirancang. Nothing fancy tentang dekorasi interiornya, namun, bilik-bilik di sini dilengkapi kemudahan yang lengkap untuk percutian anda sekeluarga. Walaubagaimanapun, kawasan parking di sini agak terhad dan ini mungkin menimbulkan masalah jika anda merancang untuk berkenderaan di sini.

Jika ingin menginap di hotel menarik ini, jangan lupa untuk menyemak harga Imperial Riverbank Hotel di Agoda, booking.com dan Expedia untuk mendapatkan tawaran terbaik semasa percutian keluarga anda yang akan datang.


Hotel murah dan menarik di Kuching

Hotel murah dan menarik di Kuching
Imperial Riverbank Hotel, Kuching



4. Abell Hotel

Sebuah hotel ringkas berdekatan dengan Kuching Waterfront, Abell Hotel adalah sebuah hotel menarik yang sememangnya boleh dijadikan pilihan untuk percutian keluarga anda ke Kuching. Terletak hanya kira-kira 5 minit berjalan kaki dari kawasan yang menjadi tumpuan pelancong ini, lokasi Abell Hotel juga memudahkan anda mencari tempat menjamu selera selain mendapatkan keperluan di kedai-kedai berdekatan.

Beberapa pilihan bilik ditawarkan untuk keselesaan percutian anda, termasuk bilik jenis famili untuk yang memuatkan sebuah katil bersaiz queen dan sebuah katil single terutamanya buat mereka yang berkunjung bersama anak-anak. Kemudahan lift yang disediakan turut membantu jika anda berkunjung bersama anak-anak kecil dan warga emas. Selain itu, kawasan parking juga disediakan di bahagian basement hotel menarik ini.

Jika berminat untuk menginap di sini, pastikan anda menyemak harga Abell Hotel di Agoda, booking.com dan Expedia untuk mendapat tawaran terbaik semasa percutian anda.


Hotel murah dan menarik di Kuching

Hotel murah dan menarik di Kuching
Abell Hotel, Kuching


5. The LimeTree Hotel

Terletak kira-kira 10 minit berjalan kaki dari Kuching Waterfront, hotel menarik ini menawarkan penginapan selesa untuk percutian anda sekeluarga di Bumi Kenyalang ini. Dengan konsep moden dan ringkas, beberapa pilihan bilik disediakan termasuk pilihan bilik connecting room sesuai untuk mereka yang berkunjung bersama anak-anak. Hotel ini juga menyediakan pilihan sarapan yang rata-rata menepati citarasa para tetamu. Jika anda perlu memulakan hari anda pada awal pagi, jangan risau kerana hotel menarik ini menyediakan take out breakfast yang tidak sempat bersarapan di cafenya - sesuatu yang jarang ditawarkan di hotel-hotel lain. Apabila di sini, jangan lupa meluangkan masa di rooftop bar yang menjadi tempat bersantai sambil menikmati pemandangan indah bandaraya Kuching.

Parking di sediakan, namun agak terhad. Selain itu, hotel menarik ini turut menyediakan perkhidmatan airport transfer yang boleh diatur ketika tempahan dibuat.

Jika ingin menginap di hotel menarik ini, jangan lupa untuk menyemak harga The LimeTree Hotel di Agoda, booking.com dan Expedia untuk tawaran terbaik semasa percutian keluarga yang dirancang.


Hotel murah dan menarik di Kuching

Hotel murah dan menarik di Kuching

Hotel murah dan menarik di Kuching
The LimeTree Hotel, Kuching



6. Memoire Hornbill Hotel

Jika anda berkenderaan dan tidak begitu kisah untuk menginap sedikit jauh dari tempat tumpuan popular pelancong Kuching Waterfront, anda boleh memilih untuk menginap di hotel menarik Memoire Hornbill Hotel yang terletak di Central Park Commercial Centre, kira-kira 20 minit berkenderaan dari tempat yang sentiasa menjadi tumpuan pelancong ini. Hotel menarik ini bukan sahaja menyediakan pilihan bilik-bilik yang selesa dengan dekorasi yang segar, malah kemudahan-kemudahan seperti lift dan parking turut disediakan oleh pihak hotel. Untuk mereka yang berkujung bersama keluarga, anda boleh memilih bilik famili atau connecting room untuk keselesaan percutian anda sekeluarga. Namun, yang lebih istimewanya adalah pada harga yang ditawarkan, hotel ini turut menyediakan bilik khas mesra OKU lengkap dengan bilik air luas beserta railing untuk kemudahan tetamu yang berkerusi roda  - sesuatu yang jarang-jarang ditawarkan terutamanya di kebanyakan hotel bajet di negara kita.

Walaupun terletak agak jauh dari Kuching Waterfront, lokasi hotel ini tidak jauh dari restoran-restoran dan juga kedai-kedai jika anda perlu mendapatkan keperluan semasa percutian. (Nota: Walaupun kebiasaannya kami mengutamakan hotel yang terletak tidak terlalu jauh dari tempat tarikan utama untuk kemudahan percutian bersama anak-anak kecil, kombinasi bilik yang selesa, harga yang murah dan kemudahan khas mesra OKU ini membuatkan kami tetap menyenaraikan hotel menarik ini. Mudah-mudahan ia membantu mereka yang memerlukan kemudahan yang jarang didapati di hotel bajet seperti ini. Sila ambil perhatian bahawa hotel ini menggunakan glass partition dan frosted film untuk memisahkan bahagian bilik airnya yang mungkin menimbulkan ketidakselesaan untuk sesetengah tetamu)

Jika ingin menginap di sini, pastikan anda menyemak harga Memoire Hornbill Hotel di Agoda, booking.com dan Expedia untuk mendapatkan tawaran terbaik semasa percutian anda yang akan datang!    


Hotel murah dan menarik di Kuching
Memoire Hornbill Hotel, Kuching



Tiada ulasan:

Catat Ulasan