Percutian keluarga ke Kuching: Pullman Hotel

Hotel menarik percutian keluarga di Kuching
(sumber foto booking.com)

Baru-baru ini, urusan kerja suami membawa kami sekeluarga ke Kuching. Notis saat terakhir untuk ke Kuching menyebabkan kami kelam kabut mengatur rancangan ke sana. Rancangan untuk ke sana berdua sahaja akhirnya telah bertukar menjadi chain reaction. Saya tidak sampai hati meninggalkan anak-anak yang masih kecil, dan adik-adik ini pula tidak sampai hati meninggalkan kakak-kakaknya. Mungkin sudah menjadi rezeki mereka untuk berjalan-jalan, dipendekkan cerita, kesemua anak-anak akhirnya turut serta ke sana. Alang-alang semuanya ikut serta, sambil menyelam minum air. Selesai urusan kerja, kami membawa mereka untuk percutian singkat di negeri Bumi Kenyalang itu.

Hotel menarik percutian keluarga di Kuching
Menikmati welcome drink di lobby hotel
Ketika di Kuching, kami telah menginap di Hotel Pullman yang tyerletak di  Jalan Mathies. Pilihan hotel ini sebenarnya bukanlah pilihan kami. Bilik kami di sini telah ditempah oleh syarikat... kami hanya mengikut sahaja. Disebabkan kami membawa anak-anak atas kehendak sendiri, sudah tentu kami perlu membayar sendiri bilik mereka. Setelah melakukan survey harga, ternyata booking.com menawarkan harga yang paling kompetetif ketika itu. Maka sudah tentulah kami menggunakan khidmat mereka kali ini (Jika berminat menetap di sini, jangan lupa menyemak harga Pullman Hotel, Kuching di Agoda, booking.com dan Expedia untuk mendapat tawaran terbaik semasa percutian anda)

Sesampai di Hotel Pullman Kuching, kami terus ke kaunter untuk check-in. Staff di sana ramah dan sedia membantu. Walaupun kami tidak membuat request untuk attached bedroom, mereka mengusahakan untuk mendapatkannya untuk kami. Thumbs up untuk customer oriented service yang cemerlang ini!

Security di sini amat memuaskan. Hanya pengunjung hotel boleh mengakses mana-mana tingkat bilik hotel. Kad bilik anda perlu diimbas setiap kali anda ingin menggunakan lif untuk pulang ke bilik. Security seperti ini penting memandangkan hotel ini berkongsi bangunan dengan shopping mall i-Hills. 

Hotel menarik percutian keluarga di Kuching
Katil di bilik yang selesa
Bilik penginapan sememangnya sangat selesa dan bersih. Begitu juga dengan bilik air. Luas dan mempunyai kawasan bathtub dan shower yang berasingan. Tak dapat dinafikan bukan sahaja bilik, malah bilik airnya juga memang cantik, sesuai dengan reputasinya sebagai hotel lima bintang paling baru di ibu negeri Bumi Kenyalang ini.

Ketika suami menghadiri kerja, saya meluangkan masa bersama anak-anak di hotel tersebut. Seperti kebiasaan, perkara pertama yang diminta sudah tentu ke swimming pool. Memang sudah menjadi agenda wajib jika ke hotel yang menyediakan kolam renang. Kolam di sini agak luas dan mempunyai bahagian berasingan yang cetek untuk kanak-kanak. Bahagian kanak-kanak dipisahkan oleh railing yang saya kira amat baik sebagai safety precaution. Walaubagaimanapun, tiada tarikan extra seperti pool slide dan sebagainya di bahagian kanak-kanak. Then again, jika bercuti di Kuching, chances are, anda tidak memerlukan kemudahan seperti itu kerana terlalu banyak perkara dan tempat menarik untuk diterokai. Bagi kami, kami meluangkan masa di kolam hotel ini adalah semata-mata menghabiskan masa sementara menunggu urusan kerja yang perlu diselesaikan. Sepanjang di sini, kami perhatikan kawasan kolam agak lengang walaupun ketika itu ialah hari hujung minggu!  

Hotel menarik percutian keluarga di Kuching
Swimming pool di Hotel Pullman, Kuching
Bagaimana dengan kemudahan kanak-kanak yang lain? Seharian di bilik menunggu ayah mereka selesai kerja, terasa bosan juga. Hendak berendam di kolam sepanjang hari - anak-anak sudah kesejukan. Semasa berehat di bilik, anak-anak kami membelek-belek booklet yang mengandungi hotel info dan terbaca yang hotel ini menyediakan kawasan permainan kanak-kanak. Apalagi... terus mereka mengajak saya turun untuk bermain. Kakak-kakak ingin melayan adik-adik di playground katanya. Setelah ke tingkat yang dikatakan, kami tidak nampak kawasan permainan yang dikatakan dan akhirnya saya bertanya staff hotel di situ. Tiada playground katanya. Hmmm... saya tak pasti mengapa, dan saya juga tidak bertanya lanjut. Sejujurnya, ia sebenarnya tidak menjadi masalah untuk kami. Alhamdulillah, anak-anak yang kecil juga tidak merengek walaupun mereka sudah excited untuk bermain. Saya menganggap mungkin mereka pernah menyediakannya namun kini sudah tiada lagi dan mereka lupa untuk update di dalam booklet tersebut (mungkin pihak hotel boleh mengupdate hotel info mereka di masa akan datang).

Buffet sarapan yang disediakan bagi saya memuaskan. Ketika ketiadaan suami, saya membawa mereka untuk makan tengahari di shopping mall yang hanya terletak di bahagian bawah hotel ini. Arrangement begini bagi saya sangat membantu dan memudahkan. Walaubagaimanapun, shopping mall ini bukanlah sebuah pasaraya besar di mana anda boleh membeli-belah semasa percutian. Banyak lot kedai yang tidak occupied. Tiada kedai serbaneka mahupun supermarket untuk mendapatkan barang keperluan seperti biskut dan roti untuk mengalas perut anak-anak ketika di bilik. Mujurlah ada beberapa restoran sebagai tempat kami menjamu selera.

Hotel menarik percutian keluarga di Kuching
Info mngenai playground seperti di dalam booklet
Lokasi Pullman Hotel terletak di atas kawasan tinggi. Dari segi pemandangan, hotel ini menawarkan pemandangan yang indah dari tingkap bilik anda. Walaupun tidak jauh dari Kuching Waterfront yang menawarkan lebih pilihan tempat makan dan kedai mendapatkan keperluan, kedudukannya di kawasan yang tinggi ini memerlukan anda mendaki apabila pulang ke hotel jika bersiar-siar di sini. Apabila berjalan dengan rombongan kanak-kanak, sudah tentu kedudukan begini menjadi satu disadvantage. Jika berkenderaan, ia tidak menjadi masalah.     

Secara keseluruhannya, penginapan di Hotel Pullman Kuching adalah selesa dan sangat sesuai untuk mereka yang berkunjung atas urusan bisnes atau bersama pasangan. Adakah saya akan memilih untuk menginap di sini jika ke sini lagi? Secara jujurnya, walaupun saya sangat berpuas hati dengan keselesaan bilik di sini, jika diberi pilihan saya lebih sukakan lokasi hotel yang berada hanya berhadapan dengan Kuching Waterfront kerana ia lebih memudahkan membawa anak bersiar-siar, mencari tempat menjamu selera dan mencari keperluan lain. Bagi saya, lokasi adalah sangat penting apabila bercuti bersama anak-anak, dan lebih-lebih lagi apabila tidak berkenderaan. Walaubagaimanapun, saya juga diberitahu bahawa hotel-hotel lain lebih berusia berbanding Hotel Pullman, oleh itu, mungkin interiornya tidaklah setanding Hotel Pullman, wallahualam. Tepuk dada tanyalah selera.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan