Homestay dan apartment dekat Legoland - seronoknya bercuti bersama keluarga!

Nak ke Legoland... tapi mana nak menginap? Sebagai tempat yang menjadi tarikan ramai pengunjung terutamanya ketika cuti sekolah, tak hairanlah banyak pilihan hotel dan homestay yang disediakan di sekitar Legoland Malaysia.

Penginapan di apartment atau homestay sememangnya mempunyai kelebihan dan tarikan sendiri. Bagi sesetengah orang, penginapan begini menawarkan rasa home away from home semasa percutian, manakala bagi sesetengah yang lain pula merasakan penginapan begini lebih mesra ekonomi terutamanya jika ramai ahli keluarga yang menyertai bercuti bersama-sama.

Di sini disenaraikan beberapa pilihan apartment atau homestay menarik untuk pilihan anda ke Legoland. Tidak seperti apartment Somerset (lihat senarai hotel menarik untuk percutian ke Legoland)) yang lebih berkonsepkan hotel-apartment di mana khidmat seperti front desk disediakan, senarai apartment dan homestay di sini lebih merupakan unit penginapan persendirian yang ditukarkan menjadi homestay untuk percutian bersama keluarga ke Legoland.


Senarai hotel untuk percutian keluarga ke Legoland


(sumber foto: airbnb)

1. SK Wonderful Homestay

Bilangan bilik : 2
Bilangan bilik air : 2

Homestay mesra kanak-kanak dengan tema lego ini yang sudah tentu mampu menceriakan anak-anak anda setelah seharian bermain di Legoland. Bukan sahaja dilengkapi dengan permainan lego, homestay ini juga menyediakan peralatan mainan lain termasuk VTech TV Games yang sesuai sebagai hiburan kanak-kanak berusia dari 3 hingga 6 tahun. Selain bilik master yang selesa, bilik kanak-kanak dihiasi lampu ala disco bagi menambahkan keceriaan percutian anda sekeluarga. Unit ini sesuai untuk penginapan sehingga 8 orang tetamu dan terletak hanya kira-kira 5 minit berjalan kaki dari taman tema Legoland.

Homestay menarik ini boleh ditempah melalui airbnb di sini. Jika anda belum mempunyai akaun di airbnb, anda boleh mendaftar di sini secara percuma dan dapatkan diskaun RM105 untuk tempahan pertama anda.


Homestay menarik dekat Legoland

Homestay menarik dekat Legoland

Homestay menarik dekat Legoland

Homestay menarik dekat Legoland



2. SK Amazing Homestay

Bilangan bilik : 2
Bilangan bilik air : 1

Dimiliki oleh pemilik yang sama seperti homestay di atas, tak hairanlah jika apartment ini juga menampilkan konsep mesra kanak-kanak, sesuai untuk percutian keluarga ke Legoland. Mana tidaknya, jika ke Legoland, sudah tentulah un tuk meluangkan masa dan berhibur bersama anak-anak. Bezanya dengan homestay di atas ialah unit ini boleh menampung bilangan tetamu yang lebih sedikit, iaitu sehingga enam orang.

Terletak hanya 5 minit berjalan kaki dari Legoland, homestay ini dilengkapi permainan Lego dan jga PS3 untuk hiburan seisi keluarga. Selain itu, kamar tidur anak-anak juga didekorasi ceria sesuai untuk tempat mereka beristirahat.

Homestay ini boleh ditempah secara online melalui airbnb. Jika anda belum mempunyai akaun airbnb, anda boleh mendaftar di sini secara percuma dan dapatkan diskaun RM105 untuk tempahan pertama anda. Jika telah mempunyai akaun, terus klik di sini untuk mengetahui dengan lebih lanjut menegenai homestay menarik ini.


Homestay menarik dekat Legoland

Homestay menarik dekat Legoland

Homestay menarik dekat Legoland



Pilihan hotel menarik mesra bajet dekat dengan Legoland



3. Home Homestay

Bilangan bilik : 1
Bilangan bilik air : 1

Apartment studio yang sesuai untuk penginapan keluarga kecil ini juga terletak tidak jauh dari Legoland, iaitu kira-kira 5 minit berjalan kaki (Nota: Homestay ini hanya menyediakan satu katil queen, dan selebihnya ialah couch dan floor mattress sebagai tempat tidur. Jika anda tidak suka dengan idea tidur di lantai ketika percutian, homestay ini mungkin tidak sesuai dengan anda). Mengetengahkan konsep children friendly, homestay ini menyediakan permainan Lego dan buku cerita sebagai hiburan anak-anak sepanjang penginapan di sini. Dengan dekorasi ringkas, homestay ini mampu menawarkan penginapan yang bersih dan selesa setelah kepenatan setelah seharian berhibur di taman tema Legoland.

Klik di sini untuk mendaftar secara percuma sebagai ahli airbnb dan dapatkan potongan harga RM105 untuk tempahan pertama anda. Jika telah menjadi ahli airbnb, klik di sini untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai homestay menarik ini.


Homestay menarik dekat Legoland

Homestay menarik dekat Legoland

Homestay menarik dekat Legoland



4. Kiddyland Homestay

Bilanagn bilik : 1
Bilangan bilik air : 1

Daripada namanya sahaja, sudah tentu anda dapat mengagak bahawa kanak-kanak dialu-alukan di homestay ini. Dengan lokasi hanya 5 minit berjalan kaki dari taman tema Legoland, homestay ini juga semestinya patut di senaraikan di dalam wishlist penginapan mereka yang gemar menginap di homestay semasa percutian keluarga ke Legoland, Johor.

Dilengkapi satu Queen bed dan satu sofa bed, homestay ini sesuai untuk penginapan mereka yang bercuti dalam ahli keluarga yang agak kecil. Jika anda memerlukan lebih tempat tidur, tidak perlu membawa toto bersama kerana pemilik homestay ini boleh menyediakan 2 tilam extra (floor mattress) untuk anda. Anak-anak juga pasti terhibur melihat mainan dan Playstation 3 disediakan unbtuk menceriakan percutian keluarga anda.

Homestay ini boleh ditempah secara online melalui airbnb dan juga booking.com (klik di sini untuk menempah apartment ini di booking.com). Untuk menempah di airbnb, daftar di sini sebagai ahli secara percuma dan dapatkan potongan harga RM105 untuk tempahan pertama anda. Jika anda sudah mendaftar, klik di sini untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai homestay menarik ini.


Homestay menarik dekat Legoland

Homestay menarik dekat Legoland

Homestay menarik dekat Legoland



5. Awesome Homestay

Bilangan bilik : 2
Bilangan bilik air : 1

Homestay sesuai untuk penginapan sehingga 7 orang tetamu ini menampilkan dekorasi moden serba lengkap dengan kemudahan televisyen, peti sejuk, microwave, haidryer dan sebagainya. Bukan itu sahaja, bahan bacaan kanak-kanak dan koleksi dvd turut disediakan untuk mengisi masa semasa percutian keluarga anda. Terdapat dua retoran berdekatan sebagai pilihan tempat menjamu selera selain kedai serbaneka untuk anda mendapat keperluan untuk percutian sekeluarga.

Berbanding dengan homestay-homestay lain dalam senarai di atas, homestay ini terletak kira-kira 1 km dari taman tema Legoland, iaitu kira-kira 2 minit berkenderaan.

Homestay ini boleh ditempah melalui airbnb. Klik di sini untuk mendaftar sekiranya anda belum mempunyai akaun di airbnb dan dapatkan diskaun RM105 untuk tempahan pertama anda. Jika sudah mempunyai akaun, anda boleh terus ke sini untuk menempah homestay yang awesome ini! Selain airbnb, homestay ini juga terbuka untuk tempahan melalui booking.com.


Apartment menarik dekat Legoland

Apartment menarik dekat Legoland

Apartment menarik dekat Legoland




6. Holi 1Medini

Merupakan rangkaian unit apartment yang dimiliki oleh pengusaha homestay yang sama, Holi 1Medini menawarkan pilihan beberapa saiz apartment mengikut kesesuaian percutian anda.

Walaupun mungkin tidak mengetengahkan konsep homestay yang menyediakan barang-barang permainan, kelebihan Holi 1Medini terletak pada kepelbagaian saiz apartment termasuk unit penthouse yang menawarkan penginapan yang selesa jika anda berkunjung ke Legoland bersama ahli keluarga yang agak ramai. Selain itu, unit-unit yang disediakan juga terletak tidak jauh dari taman tema Legoland, iaitu hanya kira-kira 5 minit berkenderaan selain bersih dan selesa untuk penginapan percutian keluarga.

Unit-unit Holi 1Medini boleh ditempah secara online melalui airbnb, booking.com atau Agoda. Jika anda belum pernah mendaftar di airbnb, daftar di sini secara percuma dan dapatkan penjimatan RM105 untuk tenpahan pertama anda. Jika anda sudah mempunyai akaun, anda boleh klik di sini untuk melihat pilihan unit di airbnb.


Apartment menarik dekat Legoland

Homestay menarik dekat Legoland

Homestay menarik dekat Legoland


7. CozySuite Homestay

Bilangan bilik : 1
Bilangan bilik air : 1

Dengan dekorasi santai, homestay yang terletak kira-kira 5 minit berkenderaan dari taman tema Legoland ini sesuai dijadikan pilihan penginapan ketika percutian ke Legoland bersama anak-anak. Sesuai untuk penginapan sebuah keluarga kecil, homestay yang dilengkapi satu katil bersaiz queen dan satu sofa bed ini mempu memuatkan sehingga 4 orang tetamu.

Selain menawarkan tempat istirahat yang selesa setelah seharian berhibur di Legoland, anak-anak juga boleh meluangkan masa di indoor playground yang disediakan di apartment ini jika masih belum puas bermain di Legoland.

Homestay ini boleh ditempah secara online melalui airbnb di sini. Jika anda belum pernah mempunyai akaun di airbnb, anda boleh mendaftar di sini secara percuma udan dapatkan penjimatan RM105 untuk tempahan pertama anda!


Homestay menarik dekat Legoland

Homestay menarik dekat Legoland

Homestay menarik dekat Legoland



Catatan percutian keluarga



8. Semi-D Villa Homestay

Bilangan bilik : 4
Bilangan bilik air : 4

Khas buat mereka yang lebih menggemari homestay di landed house, Villa ini menyediakan penginapan yang luas dan selesa, sesuai untuk mereka yang bercuti bersama ahli keluarga yang ramai. Dengan lokasi hanya 5 minit berkenderaan dari taman tema Legoland, Villa berkembar ini boleh memuatkan sehingga 10 orang tetamu dalam satu-satu masa. Dekorasi yang cosy menjadikannya tempat yang sesuai untuk seluruh keluarga beristirahat selain halaman persendirian yang boleh menjadi tempat anak-anak bermain dan berlari tanpa mengganggu mereka yang lain.

Villa percutian yang sesuai untuk keluarga yang ramai ini menawarkan harga berpatutan dan boleh ditempah melalui airbnb di sini. Jika anda belum mempunyai akaun di airbnb, anda boleh mendaftar secara percuma di sini dan dapatkan diskaun RM105 untuk tempahan pertama anda.


Homestay menarik dekat Legoland

Homestay menarik dekat Legoland




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...