Search This Blog

Loading...

Percutian Pulau Pinang: Holiday Inn Pulau Pinang

Bilik Family Studio di Ferringhi Tower
(gambar kredit Holiday Inn official site)

Post yang agak lama overdue.... tidak kesampaian kerana sibuk dengan urusan lain dan akhirnya hampir terlupa. Kali ini tentang penginapan semasa percutian keluarga di Holiday Inn Batu Ferringhi, Pulau Pinang.

Cuti akhir tahun sekolah tahun 2015, kami telah ke Pulau Pinang. Tujuan utama adalah untuk menghadiri kenduri walimatul urus kenalan, namun, alang-alang ke sana semasa cuti persekolahan, kami bercadang untuk menjadikan ia destinasi percutian keluarga. 2 dalam 1.

Pada awalnya, kami bercadang untuk menginap di penginapan homestay menerusi AirBnb. Beberapa penginapan yang sesuai telah kami kenalpasti. Antara kriteria penginapan yang kami ambil kira ketika itu adalah lokasinya mestilah tidak terlalu jauh dari tempat untuk membawa anak-anak berjalan-jalan, dan kebiasaannya, saya lebih prefer tempat yang menyediakan kemudahan kanak-kanak walaupun hanya sekadar taman permainan kecil. Selalunya, anak-anak tidak tahan terus menginap di bilik walaupun telah seharian berjalan. Pasti mereka mengajak untuk beraktiviti juga setelah kembali ke tempat penginapan. Jadi, tempat-tempat yang dikenalpasti adalah di unit-unit apartment kerana kebiasaannya walau sedikit, kemudahan seperti ini tetap disediakan.

Namun, sudah tiada rezeki. Setelah menghubungi beberapa owner homestay menerusi AirBnb, kami memutuskan untuk mencari penginapan lain. Sesetengah owner agak hesitant dengan pelanggan yang membawa kanak-kanak kecil, manakala sesetengahnya pula memberitahu yang pihak pengurusan apartment tidak membenarkan pelanggan homestay menggunakan kemudahan yang disediakan di apartment berkenaan. Yang tinggal ketika itu hanyalah unit-unit yang lebih mahal melebihi bajet percutian kami.

Ketika mencari tempat penginapan lain itulah, saya terperasan yang pihak Holiday Inn Batu Ferringhi, Penang sedang mengadakan promosi, dan yang lebih membuat saya tertarik, terang-terang mereka mengwarwarkan yang kanak-kanak dialu-alukan di hotel mereka. Harga promosi itu juga lebih kurang sahaja dengan harga homestay yang telah kami survey, tambahan pula kami semua mendapat buffet breakfast setiap pagi. Jadi, apalagi, terus sahaja saya menempah bilik di Holiday Inn Penang. Lihat harga terkini Holiday Inn Penang.

Kidsuite di Ferringhi Tower
(gambar kredit Holiday Inn official site)
Kami telah memilih bilik Family Studio yang mempunyai 1 katil king dan 2 katil single. Sebenarnya, terdapat dua jenis bilik lagi yang lebih mesra kanak-kanak yang dipanggil Kidsuite. Bilik-bilik Kidsuite ini didekorasi dengan tema kanak-kanak dan mempunyai penghadang antara katil King dan katil single. Namun, pihak hotel tidak membuat pintu yang memisahkan kedua-dua bahagian ini, hanya opening yang menghubungkan kedua-dua bahagian ini. Selain itu, playstation juga disediakan di bilik Kidsuite.

Bangunan Holiday Inn Penang terbahagi kepada dua wings yang dipisahkan oleh sebatang jalan. Beach wing terletak betul-betul di tepi pantai Batu Ferringhi manakala Ferringhi Tower terletak di seberang jalan. Bilik-bilik Kidsuite ada yang terletak di beach wing dan ada juga terletak di Ferringhi Tower. Bilik yang kami tempah terletak di Ferringhi Tower. Terdapat jambatan yang menghubungkan kedua-dua bangunan ini, jadi, jika anda menginap di Ferringhi Tower, anda tidak perlu melintas jalan untuk ke beach wing.

Kemudahan-kemudahan seperti swimming pool, cafe dan kids club semuanya terletak di beach wing, manakala gym dan permainan indoor seperti table tennis dan pool terletak di Ferringhi Tower. 

Kidsuitedi Beach Wing
(gambar kredit Holiday Inn official site)
Kenapa kami tidak memilih Kidsuite? Ini hanyalah personal choice. Pertama, saya secara peribadi tidak begitu berkenan dengan idea playsation di dalam bilik semasa percutian keluarga. Permainan playstation ini, bagi saya amat 'berhantu'. Jika sudah ada di hadapan mata, saya pasti anak-anak kami hanya akan melekap di hadapan playstation sahaja. Masa untuk keluar bersama akan dikompromi. Kedua, memandangkan tujuan kami ke sana adalah untuk menghadiri majlis perkahwinan, saya tidak menjangka yang kami akan menghabiskan terlalu banyak masa di hotel, jadi, bilik yang kami tempah sudah memadai.

Bilik Family Studio di Holiday Inn Penang ini luas dan selesa, cukup untuk kami sekeluarga. Buffet breakfast yang dihidangkan juga memuaskan. 

Kids Club
(gambar kredit Holiday Inn official site)
Kids Club di Holiday Inn Penang pula tidaklah begitu besar, namun, terdapat petugas yang menjaga Kids Club di sini di mana anda boleh meninggalkan anak-anak berumur 4 tahun ke atas untuk menghabiskan masa di sini. Terdapat aktiviti-aktiviti yang dijadualkan di kelab ini, namun, semasa kami di sini, quite a number of acitivities dibatalkan dan digantikan dengan yang lain. Jadi, adalah lebih baik jika anda confirmkan dahulu dengan pihak Kids Club tentang aktiviti mereka. Namun, tidak seperti ketika percutian di Shangri-La Rasa Ria, kami perhatikan tidak ramai kanak-kanak yang menyertai aktiviti Kids Club di sini. Anak-anak kami sendiri, selepas sekali dua menyertai aktiviti di sini, mereka tidak mahu lagi ke Kids Club ini. Tiada kawan katanya.

Swimming pool di sini juga biasa-biasa sahaja. Sebagai hotel yang pride itself sebagai children friendly hotel, tidak ada pool slide ataupun inflatable pool playground disediakan. Saiz swimming poolnya juga tidaklah begitu besar. Namun, untuk anak-anak kami, asalkan swimming pool, mereka sudah gembira.

Holiday Inn Batu Ferringhi terletak tidak jauh dari kedai-kedai makan dan deretan gerai menjual barangan cenderahati. Jadi, isu makan tidak menjadi masalah, dan jika anda ingin membeli cenderahati, anda hanya perlu berjalan sahaja di sepanjang jalan di mana Holiday Inn terletak. Pelbagai barangan souvenir ada dijual. Selain daripada itu, terdapat juga beca-beca yang dihias cantik di sepanjang jalan ini jika anak-anak inginkan pengalaman menaiki beca di Pulau Pinang. 

Terdapat beberapa hotel lagi yang dikatakan children friendly di sini seperti Shangri-La Golden Sand, Park Royal Hotel dan Hard Rock Hotel yang terletak tidak jauh dari Holiday Inn Batu Ferringhi, Penang. Menurut kenalan-kenalan yang pernah menginap di hotel-hotel ini, kemudahan untuk kanak-kanak amat baik dan anak-anak mereka juga amat menyukai aktiviti-aktiviti kanak-kanak yang disediakan di hotel-hotel ini.

Namun, ketika percutian kami ke sini, harga yang ditawarkan oleh Holiday Inn adalah hampir separuh berbanding harga penginapan di hotel-hotel ini. Jadi, saya masih merasakan penginapan kami berbaloi, lagipun kami tidak begitu banyak menghabiskan masa di hotel. Terpulang kepada anda, jika anda memounyai bajet lebih dan memang merancang untuk menghabiskan banyak masa di hotel, mungkin lebih baik anda memilih hotel-hotel lain. Walaupun Holiday Inn Penang dikatakan salah sebuah hotel mesra kanak-kanak, secara peribadi, saya merasakan dari segi kemudahan dan aktiviti kanak-kanak, masih banyak yang boleh diperbaiki. 



Borong buku RM2 di bookcafe.com.my

buku kanak-kanak
Buku-buku kanak-kanak berharga RM2 di bookcafe.com.my

Baru-baru ini, anak saya meminta untuk membeli lagi buku-buku cerita di bookcafe.com.my. Terdapat beberapa tajuk buku yang memang ingin dibelinya, jadi, seperti biasa saya bersetuju asalkan dia membaca. Tak rugi membeli buku untuk anak-anak... harap-harap mereka akan menjadi inssan yang sukakan ilmu pada masa hadapan.

Ketika membeli buku-buku inilah saya perasan yang pihak bookcafe.com.my sedang membuat jualan cuci gudang dengan menawarkan buku-buku pada harga hanya RM2 setiap satu. Memang, jualan cuci gudang ini tidaklah melibatkan banyak buku, namun, jika anak-anak anda gemar membaca dan tidak begitu memilih, bagi saya berbaloi untuk memborong buku-buku ini. Klik di sini untuk melihat buku-buku on offer di jualan cuci gudang bookcafe.com.my

Buku kanak-kanak
Buku yang diterima dibungkus dengan cermat
Terdapat sepuluh buku kanak-kanak yang dijual pada harga ini. Memandangkan sebelum ini kebiasaannya anak-anak tidak mengambil masa yang lama untuk menghabiskan buku-buku yang dibeli, saya tidak melepaskan peluang ini dan memborong kesemua tajuk buku yang ada. Malah, saya membeli extra untuk dijadikan hadiah untuk anak-anak saudara yang memang ulat buku. Dalam masa hanya seminggu, sudah habis kesemua buku yang dibeli dibaca, dan kini saya menunggu masa mereka meminta yang baru pula!

Seperti biasa, pihak bookcafe.com.my memang cekap dalam servis mereka. Tiada masalah untuk order dan buku-buku tiba dalam keadaan baik hanya pada keesokan harinya. Memang mudah. Terima kasih bookcafe.com.my!



Stroller pilihan: Peg Perego Pliko P3 Compact

Stroller pilihan
Model baru Peg Perego Pliko P3 Compact

Sepuluh tahun dan masih bertahan... selama itulah saya telah menggunakan stroller sejak anak pertama hingga sekarang. Kata orang, alah membeli menang memakai, memang saya rasakan stroller ini adalah antara barangan bayi paling berbaloi pernah saya beli.

Pertama kali memilih stroller, memang keliru dibuatnya. Terlalu banyak jenis stroller, masing-masing dengan pro dan contranya sendiri. Setelah survey dan berfikir, akhirnya saya tertarik untuk membeli Peg Perego Pliko P3. Pemilihan dibuat atas beberapa sebab, walaupun ketika itu terasa berat juga poket ketika membayar. Alhamdulillah, walaupun kosnya bagi saya agak tinggi, ia telah bertahan dan berkhidmat selama 10 tahun (setakat ini).


Kenapa saya memilih Peg Perego Pliko P3 Compact? Di bawah adalah kriteria yang saya look into ketika memilih stroller berserta pengalaman sepanjang menggunakan Peg Perego Pliko P3 Compact.

Pertama, ia boleh digunakan sejak lahir. Ketika memilih stroller, saya perhatikan seseparuh stroller terutamanya jenis lightweight tidak boleh dibaringkan. Ia hanya boleh digunakan dengan anak dalam keadaan duduk. Ini bermakna, ia hanya boleh mula digunakan apabila umur anak anda sekitar 4-6 bulan. Ciri boleh baring sepenuhnya ini bagi saya bukan sahaja penting untuk bayi baru lahir, tetapi juga apabila anak anda tertidur di dalam stroller - sekurang-kurangnya anak akan lebih selesa. Mengikut manualnya, Peg Perego Pliko P3 Compact ini boleh digunakan sehingga anak berumur 3 tahun. Namun, setelah menggunakan selama ini, saya tidak mempunyai masalah meletakkan anak sehuingga umur 5-6 tahun! Manual yang dibuat mengkin berdasarkan saiz badan orang Eropah, manakala kita di sini rata-rata berbadan lebih kecil dan ini adalah advantage untuk memaksimumkan penggunaan produk seperti ini. 

Kedua, ia tidak begitu berat. Stroller ini bukanlah stroller paling ringan di pasaran, tetapi ia juga tidak begitu berat. Berat stroller ini adalah sekitar 8 kg, dan bagi saya ia masih reasonable. Ketika itu, berat stroller paling ringan yang saya jumpa adalah stroller jenama Combi, iaitu lebih kurang separuh daripada berat Peg Perego Pliko P3 Compact.
Namun, saya tidak merasakan saya memerlukan stroller yang terlalu ringan kerana kebanyakan masa saya hanya perlu mengangkatnya ke dalam boot kereta. Pada masa yang sama, saya tidak mahu stroller yang terlalu berat juga.


Stroller pilihan
Boleh didirikan
ketika dilipat
Ketiga, cara lipatannya seperti payung. Saya mencari stroller yang dilipat begini kerana ia memakan kurang ruang. Kebanyakan masa saya menggunakan kereta MyVi yang mana boot kereta agak kecil. 
Oleh itu, saya terpaksa memastikan stroller yang dibeli boleh dimuatkan ke dalam boot kereta yang digunakan. Jika tidak, ia tidak serve the purpose. Peg Perego Pliko P3 Compact juga mudah dilipat. Satu ciri tambahan pada Peg Perego Pliko P3 Compact ini ialah setelah dilipat, stroller ini boleh berdiri sendiri dalam keadaan folded. Ini bukan sahaja memudahkan saya meyimpannya apabila di rumah, malahan ciri ini tidak memerlukan saya membongkok ketika melipatnya dan membuatkan fabriknya tidak menyentuh lantai, oleh itu, ia tidak cepat kotor.


Keempat, fabriknya boleh ditanggalkan keseluruhannya untuk dicuci. Memang kriteria ini amat penting bagi saya. Maklumlah, barangan seperti ini. Kadang-kadang, anak akan makan biskut, minum air dan sebagainya ketika di atas stroller dan sudah tentu, ini akan mengotorkan fabriknya. Jadi, bagi saya, fabrik stroller perlu mudah dicuci.

Stroller pilihan
Anak panah menunjukkan platform
tempat anak boleh berdiri
Kelima, dan antara ciri yang paling saya suka ialah ia mempunyai platform di belakang yang boleh digunakan untuk seorang lagi kanak-kanak berdiri. Jadi, apabila anak anda mempunyai adik, kedua-dua mereka masih boleh menggunakan stroller ini pada masa yang sama. Seorang di hadapan, dan seorang lagi berdiri di platform tersebut. Paltform ini boleh digunakan dengan syarat anak di hadapan dalam kedudukan duduk dan bukan berbaring. Memang ada platform yang boleh disambung ke kebanyakan stroller dijual secara berasingan (dipanggil buggy board), namun, bagi saya, in-built platform seperti ini memudahkan untuk saya terutama apabila travel menaiki kapal terbang dan sebagainya. (Satu lagi jenama Peg Perego Pliko iaitu Peg Perego Pliko Mini TIDAK mempunyai platform ini, namun ia lebih ringan - berat strolller Peg Perego Mini ialah sekitar 5kg)


Keenam, ia mempunyai bakul simpanan di bawah. Saiz tempat simpanan di bawah stroller ini bagi saya tidak terlalu besar dan tidak terlalu kecil. Sesuatu yang agak pelik tentang design stroller ini ialah di bahagian belakangnya mempunyai palang-palang yang bagi saya agak menghalang untuk meletakkan barangan ke dalam bakul. Namun, sepanjang menggunakan stroller ini, saya merasakan masalah ini boleh diatasi dengan mudah hanya dengan meletakkan barang dari arah hadapan stroller, dan bukan dari belakang. 

Ketujuh - accessory yang boleh didapati di tempat lain. Jika anda membawa stroller untuk travel ke negara lain, kadang-kadang anda mungkin memerlukan stroller accessory yang kebiasaannya tidak digunakan di Malaysia. Sebagai contoh, ketika kami ke UK, saya memerlukan stroller accessory untuk melindungi anak dari kesejukan. Alhamdulillah, accessory untuk stroller ini mudah didapati dan saya tidak menghadapi masalah atau membuang masa mencari accessory yang sesuai.

Kelapan dan paling penting jika anda merancang untuk menggunakan stroller yang dibeli untuk long-term ialah stroller tersebut mestilah mempunyai service centre sendiri yang boleh dirujuk jika anda mempunyai apa-apa masalah. Saya pernah menghantar stroller ini sebanyak dua kali untuk dibaiki. Sesetengah stroller tidak mempunyai service centre, jadi, walaupun harganya mungkin agak murah, jika ia mempunyai masalah, ia tidak boleh digunakan lagi.

(Service centre untuk Peg Perego juga merupakan service centre untuk beberapa jenama lain seperti Quinny, Maxi-Cosi, Safety First dan lain-lain)

Pertama kali saya menghantar stroller ke service centre adalah ketika roda stroller tersangkut di escalator yang sedang bergerak. Ini menyebabkan rodanya bengkok. Saya sendiri tidak tahu bagaimana perkara ini berlaku sedangkan roda Peg Perego Pliko P3 Compact tidak kecil. Alhamdulillah ketika itu stroller tersebut kosong dan anak sedang saya dukung (anda tak dibenarkan membawa anak di atas stroller ketika menaiki escalator, bukan?). Roda tersebut ditukar baru dengan kos hanya RM50. 

Stroller pilihan
Bulatan menunjukkan bahagian roda yang patah
Kali kedua juga kerana roda stroller. By now, mungkin anda berfikir jika roda stroller ini tidak kuat. Sebenarnya tidak. Mungkin kedua-dua kejadian yang berlaku hanya kebetulan. Kejadian pertama di mana roda tersangkut di escalator - saya rasa anda boleh bayangkan bagaimana force yang dikenakan terhadap stroller tersebut. Kejadian kedua - saya sebenarnya tak pasti apa yang berlaku. Ketika travel menaiki kapal terbang, saya telah check-in kan stroller tersebut bersama bagasi. Saya tidak meletakkan stroller tersebut di dalam stroller bag atau paling tidak membalut menggunakan wrapping service di airport. Mengapa saya lakukan ini? Saya sendiri tak pasti. Memang kesilapan sendiri. Kebiasaannya saya akan membawa stroller ke dalam pesawat atau saya letakkan stroller tersebut di dalam stroller bag sebelum check in. Dipendekkan cerita, sesampai di airport yang dituju, apabila mengambil stroller tersebut, saya dapati salah satu rodanya telah patah. Saya mengagak mungkin pengendalian bagasi di airport tersebut agak kasar (bukan airport di Malaysia). Nasib baik, setiap sudut stroller ini mempunyai sepasang roda, dan hanya sebelah roda yang patah. Oleh itu, saya masih boleh menggunakannya. Mengapa saya katakan roda stroller ini sebenarnya agak kuat? Kerana walaupun dalam keadaan tayarnya begitu, saya masih boleh menggunakannya sehingga setahun sebelum ia mula menimbulkan masalah dan saya perlu menghantarnya ke service centre.  


Dari segi rupa, Peg Perego Pliko P3 bukanlah antara stroller yang bergaya. Pendek kata, nilai aesthetic stroller ini biasa-biasa sahaja. Namun, bagi saya, yang lebih penting apabila membeli stroller ialah ia mestilah praktikal dan boleh digunakan untuk jangkamasa yang lama. Barulah berbaloi.

Apapun, ini hanyalah pengalaman peribadi. Saya tahu, masih banyak lagi stroller lain yang bagus-bagus di pasaran, dan pemilihan stroller bergantung kepada keperluan dan citarasa masing-masing.

Kini, Peg Perego Pliko P3 Compact telah menambahbaik beberapa ciri seperti tayar getah yang dikatakan lebih smooth apabila digunakan, hanya single lock untuk mengunci kedua-dua tayar (model yang saya pakai memerlukan anda mengunci tayar satu peratu) dan fabrik yang dikatakan lebih lembut dan selesa berbanding model yang sebelumnya.


Jika anda sedang mencari stroller, anda boleh melihat pilihan stroller di The Baby Store, sebuah online store Malaysia yang menjual pelbagai barangan keperluan ibu dan bayi sejak tahun 2012. 



Percutian keluarga ke Legoland: Legoland Theme Park dan Legoland Water Park

Legoland theme park

Sejak ia dibuka, sudah empat tahun anak-anak berangan-angan untuk ke Legoland, alhamdulillah, akhirnya, tercapai juga hasrat di hati.

Kami bertolak ke Johor pada hari Isnin semasa cuti pertengahan tahun persekolahan. Sepanjang perjalanan, tak habis-habis mereka bertanya... jauh ke Legoland ni? Saya pasti, selama ini ramai rakan-rakan di sekolah yang bercerita betapa awesomenya percutian ke Legoland. Kalau tidak, masakan mereka boleh bercakap tentang apa yang ada di Legoland sedangkan kami tak pernah sampai ke sana!


Tiket

Legoland terbahagi kepada theme park dan water park (saya pasti ramai yang dah tahu). Kami telah mengambil combo tiket - iaitu entrance to kedua-dua park tersebut selama dua hari. Sebenarnya, kami memanfaatkan promosi yang sedang berlangsung di mana kami mendapat tiket hari kedua percuma. 

Bercakap mengenai tiket Legoland, pihak Legoland menjual tiket secara berasingan iaitu theme park only dan water park only dan juga secara combo iaitu satu tiket untuk kedua-dua entrance theme park dan water park. 

Legoland theme park dan Legoland water park terletak bersebelahan, namun mempunyai pintu masuk yang berasingan. Tidak ada jalan dalam yang menyambungkan kedua-dua park tersebut. Jika anda membeli theme park only atau water park only ticket, anda hanya dibenarkan single entry sahaja. Jika anda keluar, anda tidak dibenarkan masuk semula.

Legoland theme park
Antara ride di Legoland theme park
Berlainan dengan combo tiket, anda dibenarkan multiple entry. Jadi, kelebihan tiket combo ini ialah anda boleh keluar masuk sebanyak mana yang anda mahu ke kedua-dua park tersebut sepanjang hari. Dengan ini, bolehlah anda keluar membawa anak-anak makan di Medini Mall berhampiran dan menyambung semula bermainan kemudian. Memang terdapat juga tempat makan di dalam kedua-dua park tersebut, namun, maklum sahaja harga makanan di tempat-tempat begini. Lebih-lebih lagi, anda tidak dibenarkan membawa makanan luar masuk ke dalam, jadi, anda tidak boleh tapau makanan sebagai bekalan anak-anak.

Tidak ada kelebihan diberikan untuk pelanggan hotel Legoland dari segi ini. Jadi, walaupun anda menginap di Legoland hotel, anda masih hanya dibenarkan single entry sahaja jika anda memilih untuk membeli theme park only atau water park only ticket. Semasa kami ke sana, pihak Legoland juga menawarkan promosi untuk mengupgradekan tiket ke annual pass pada harga yang lebih murah dari biasa. Setelah berfikir, kami memutuskan untuk tidak mengambil tawaran tersebut. Kenapa? Kerana kami tidak menjangkakan yang kami boleh ke sana dengan kerap. Mana taknya, untuk trip kali ini pun, anak-anak menunggu selama empat tahun untuk ke sini.


Legoland theme park

Legoland theme park
Antara rides untuk kanak-kanak
yang lebih besar
Sebelum pukul 9.30 pagi lagi kami sudah berada di hadapan pintu masuk theme park. Pelanggan hotel dan annual pass holder diberi keistimewaan untuk masuk setengah jam lebih awal dari pengunjung lain. Memandangkan waktu itu cuti sekolah, kami menjangkakan pengunjung akan bersesak-sesak. Namun, sangkaan kami meleset. Secara amnya, ketika kami ke sana, pengunjung tidak begitu ramai, dan anak-anak tidak perlu menunggu untuk menaiki satu-satu ride.

Kawasan Legoland agak luas, dan jika anda membawa anak-anak kecil, adalah amat dinasihatkan untuk membawa stroller.  Legoland theme park ada menyediakan stroller untuk disewa. Untuk single stroller, kadar sewaan adalah RM40 untuk sepanjang hari, manakala untuk twin stroller, kadar sewaan adalah RM60. Memang memudahkan jika mempunyai stroller, namun, stroller yang disediakan oleh pihak Legoland tidak boleh dibaringkan. Jadi, jika anak anda tertidur, anda masih perlu mendukungnya.

Ride yang disediakan bagi saya lebih sesuai untuk kanak-kanak dalam lingkungan umur sekolah rendah. Jika anak-anak anda berusia remaja, adventurous dan mengharapkan rides yang lebih advance seperti roller-coaster yang berpusing atau corkscrew roller coaster dan sebagainya, mereka mungkin akan kecewa. Jika anak anda terlalu muda juga, tidak banyak rides yang boleh dinaiki.

Legoland theme park
Antara family ride yang terdapat
di Legoland
Tidak dinafikan, anak-anak kami yang berusia 9 dan 10 tahun memang enjoy dan seronok ketika ke sini. Pelbagai rides dicuba mereka. Namun, adiknya yang berumur 4 tahun boleh dikatakan agak kecewa. Ride yang boleh dinaiki olehnya tidak begitu banyak kerana tidak cukup tinggi (kurang daripada 100cm). Setiap kali kakak-kakaknya pergi menaiki satu-satu ride, dia akan berkeras untuk mengikut walaupun kami telah memujuk. Apabila sampai di hadapan ride, dia akan terpaksa berpatah balik. After sometime, dia bosan dan mula meragam kerana kebanyakan masa dia hanya terpaksa menunggu kakak-kakaknya bermain. Untuk memujuknya, kami membawanya menaiki ride yang sama berulang-ulang kali. 

Legoland water park

Legoland water park
Tarikan utama anak-anak kami
di Legoland water park
Sesuatu yang saya tidak jangka, anak-anak kami kelihatan lebih enjoy bermain di Legoland water park berbanding Legoland theme park. Saya tahu, mereka suka bermain air, namun, saya dapat merasakan mereka lebih enjoy di sini kerana kebanyakan attraction yang disediakan boleh dilakukan bersama-sama adik mereka. Mereka akan mencuba attraction yang lebih mencabar sekali dua, dan kebanyakan masa, mereka akan memilih bahagian yang mereka boleh lakukan bersama. 

Dari segi atttraction, tidak banyak yang boleh saya katakan. Cukup sekadar saya rasakan ia adalah setaraf dengan kebanyakan water park lain di Malaysia. Namun, sesuatu yang saya rasakan perlu dipuji ialah pihak Legoland menyediakan lifeguard di sekitar water parknya dengan banyak. Amat banyak. Dan mereka juga kelihatan alert dengan tugas mereka dan pada masa yang sama, sangat helpful dan friendly.

Kawasan Legoland water park tidak sebesar Legoland theme park, dan stroller juga tidak begitu diperlukan di sini.   

Legoland water park
Tarikan lain di Legoland water park

Percutian keluarga ke Legoland, Johor: Legoland Hotel

Legoland hotel
Hotel Legoland
Baru-baru ini kami berkesempatan membawa anak-anak bercuti ke Legoland, Johor. Ini adalah kali pertama kami ke sini. Walaupun sejak ia dibuka, anak-anak sudah berkali-kali bertanya jika kami boleh membawa mereka ke Legoland, namun, sebelum ini kami tidak berkesempatan untuk ke sana. Jadi, sebaik sahaja mereka mengetahui yang kami akan membawa mereka ke sana, melompat-lompat kegembiraanlah mereka.


Legoland hotel
Legoland hotel
Lobi Hotel Legoland

Kami telah memilih untuk menginap di hotel Legoland untuk percutian ini. Pada mulanya, saya bercadang untuk menginap di hotel lain sahaja. Oleh itu, saya telah survey dan hampir-hampir melakukan tempahan, tetapi seperti pucuk dicita ulam mendatang, Legoland hotel telah melancarkan promosi istimewa yang saya rasa lebih berbaloi. Memang, walaupun dengan promosi tersebut, harga bilik di Legoland plus tiket untuk satu keluarga masih lebih mahal, namun, perbezaannya tidak terlalu banyak. Lihat harga terkini di agoda

Legoland hotel ialah sebuah hotel yang mensasarkan kanak-kanak. Oleh itu, seluruh hotel boleh dikatakan di dekorasi khas untuk kanak-kanak. Kami memilih bilik bertemakan Kingdom. Terdapat 3 tema untuk dipilih - Kingdom, Pirate dan Adventure. Sewaktu melakukan tempahan, tema Pirate habis ditempah.

Legoland hotel
Sebuah lagi 'playground' di lobi
Sesampai di lobi hotel, sudah jelas anak-anak kagum dengan hotel tersebut. Kawasan lobi dibuat seperti taman permainan dengan mainan lego yang boleh dimain oleh kanak-kanak. Di satu sudut disediakan lego blok besar untuk kanak-kanak yang lebih muda usianya, dan di situ juga disediakan mainan x-box. Staff di sana juga sangat peramah dan helpful.

Disaat menjejakkan kaki ke dalam lif hotel, muzik rancak dimainkan beserta cahaya lampu ala-ala lampu disko di dalam lif. Tercengang-cengang anak-anak kami dibuatnya.  

Legoland hotel
Sudut blok gergasi. Keadaan sedikit gelap
kerana movie time sedang berlangsung
Bilik yang ditempah dibahagikan kepada dua bahagian - satu bahagian mempunyai katil king size, khas untuk ibu bapa, dan sebahagian lagi mempunyai katil bertingkat dengan satu lagi extra bed yang boleh ditarik keluar, khas untuk kanak-kanak. Bahagian kedua boleh memuatkan 3 kanak-kanak dengan selesa. Kedua-dua bahagian mempunyai televisyen, dan terdapat pintu yang boleh dikunci memisahkan kedua-dua bahagian ini. Hanya ada satu bilik air yang terletak berdekatan dengan bahagian kanak-kanak.

Bagi saya, bilik di Legoland hotel memang selesa. Dekorasinya menarik, dan sudah tentu ditujukan untuk kanak-kanak. Jika ibu bapa mengaharapkan suasana berbulan madu, mereka akan kecewa kerana bahagian ibu bapa juga didekorasi seperti kanak-kanak.


Sesuatu yang lain daripada yang lain - jika anda ke sini, jangan lupa membuka treasure chest yang diletakkan di bahagian bilik anak-anak. Pihak hotel akan menyediakan sehelai kertas dengan beberapa soalan sebagai clue untuk anda membuka treasure chest tersebut. Jika gandingan nombor anda betul, anda akan berjaya membuka peti tersebut. Di dalamnya diletakkan beberapa hadiah untuk anak-anak anda bawa pulang sebagai cenderahati!

Legoland hotel
Kingdom themed room
Kami turun bersarapan agak awal atas nasihat staff hotel. Katanya, jika terlambat, restoran agak penuh. Lagipun, kami ingin memanfaatkan masa yang ada untuk ke taman tema Legoland. Tambahan pula pelanggan hotel Legoland diberi keutamaan untuk masuk ke taman tema setengah jam lebih awal daripada pengunjung-pengunjung lain.

Pilihan makanan semasa sarapan di Legoland hotel boleh dikatakan banyak. Namun, untuk hotel yang pride itself sebagai kids friendly hotel, secara jujurnya saya merasakan mereka perlu lebih banyak menambah kids friendly menu. Sebagai contoh, mereka perlu menambah lebih banyak menu berperisa coklat (secara amnya, kanak-kanak = coklat!). Tentu kanak-kanak lebih berselera. Sebagai contoh, boleh diadakan coklat muffin, puff berinti coklat atau menyediakan nutella spread untuk dimakan bersama roti.

Legoland hotel
Buffet sarapan di Bricks Restaurant
Hotel Legoland juga menawarkan buffet makan malam, namun, bagi saya, harganya agak mahal dan tidak berbaloi, apalagi anak-anak kami kebiasaannya tidak makan banyak. Ketika kami ke sini, harga buffet makan malam adalah RM100++ untuk dewasa dan RM50++ untuk kanak-kanak. Namun, jangan risau. Legoland hotel terletak bersebelahan Medini Mall, jadi, makan tengahari dan malam tidak menjadi masalah. Walaupun dipanggil mall, ia bukanlah sebuah shopping complex yang sesuai untuk anda membeli-belah. Namun, Medini Mall cukup untuk pengunjung hotel dan taman tema mendapat sedikit keperluan kerana ia mempunyai sebuah convenience store di samping beberapa restoran seperti KFC, Burger King, Chicken Rice Shop dan Secret Recipe. 

Legoland hotel
Model lego seperti ini menjadi
tarikan untuk kanak-kanak
Kenapa kami memilih Legoland hotel? Pertama, kerana mereka sedang mengadakan promosi yang mana, jika diambil kira total kos, perbezaan dengan menginap di hotel lain tidak jauh bezanya. Kedua adalah kerana lokasinya. Bagi saya, apabila membawa anak-anak kecil, lokasi amat penting. Legoland hotel berada betul-betul berhadapan theme park entrance. Jika anak yang masih bayi sudah terlalu kepenatan dan meragam, atau terbuang air hingga kotor bajunya, saya boleh membawanya pulang untuk berehat atau mencuci apa yang patut sementara kakak-kakaknya masih meneruskan bermain.

Pada hari kedua, nasib kami tidak begitu baik kerana hujan beserta guruh dan kilat turun selama beberapa jam. Keseluruhan taman tema ditutup buat sementara hingga guruh dan kilat reda. Ketika itu, kami boleh membawa anak-anak pulang untuk berteduh dan berehat. Legoland hotel juga menyediakan perkhidmatan di mana jika ini berlaku, anda boleh meminta operatornya memberitahu anda sebaik theme park dibuka semula. Dengan ini, anak-anak bukan sahaja boleh berehat dengan cukup, tetapi juga memaksimumkan masa bermain di theme park sepuas-puasnya. Lihat harga terkini di agoda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...